Wednesday, December 16, 2009

Pemergian Yang Menyentak

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya ke kelas seperti biasa semalam. Ya, rutin harian yang biasa. Namun, sesuatu benar2 menyentak naluri saya sebagai seorang manusia biasa, seorang ibu jua seorang hambaNya. Berita tentang kematian 'Ukasyah Ibn Hafiz benar2 membuatkan saya terpaku seketika.

"Benarkah apa yg didengari? Tak mungkinlah, 'Ukasyah sihat2 sahaja. Baru sahaja aku layari blog ibunya mengikuti perkembangan 'Ukasyah."

Air mata bergenang2. Berfikir, berfikir dan berfikir. Seolah2nya saya yang tidak mampu menerima kenyataan yang tiba2 menjengah. Saya hampir tidak menumpukan perhatian kepada lecture2 dalam class hari itu.

Waktu rehat, saya mencari abang. "Abang, sayang seperti tak percaya Ukasyah dah takde. Sayang nak menangislah abang". Saya ulang berkali2 pada abang. Dalam kelas, saya juga mesej abang. Air mata terbendung, tak mampu ditumpahkan saat di khalayak ramai ini.

Pulang sahaja dari class, air mata berhamburan sepanjang perjalanan. Tiba di rumah, saya segera ke bilik study, mencapai laptop dan mencari blog ummi 'Ukasyah. Saat menatap wajah comel 'Ukasyah yang cuma 3 bulan setengah buatkan sekali lagi air mata menitis laju.

Saya tidak tahu kenapa saya menangis. Saya hanya mengenali Kak Mawaddah, Hafiz dan 'Ukasyah dari blog. Tak pernah sekali bersua atau berkenal rapat. Mungkin kerana saya seorang ibu, terasa sungguh beratnya akan kehilangan seorang cahaya mata yang dikandung, dilahirkan, dijaga, dibelai dan disayangi sepenuh hati.

Apa yang paling pasti, pemergian ini membuatkan saya benar2 sedar bahawa saya perlu ikhlas menyayangi dan mendidik anak amanah dari Allah. Dia punya haq atas amanah besar ini. Apabila memandang iffah, saya sangat bersyukur kerana Allah memberi rezeki untuk Iffah bersama2 saya hingga kini, membesar dengan sihat dan pintar.

Saya harus benar2 menghargai masa2 yang Allah berikan buat saya untuk menatap wajah2 insan yang saya sayang. Kejutan dari berita ini membuatkan saya tidak senang tidur. Tiap kali terjaga dari tidur apabila iffah merengek2 meminta disusukan, segalanya kembali mengimbau. Saya peluk iffah, seolah2 saya merasa trauma tentang kehilangan sesuatu.

Saya juga yakin bahawa tentu emak dan ayah sangat menyayangi saya dan adik-beradik yang lain. Membesarkan kami dengan kasih-sayang dan pengorbanan. Moga allah rahmati kasih emak dan ayah. Hanya Allah yang mampu menganjari.

Ketika bercakap dengan kakak tentang kesedihan saya, kakak mencadangkan saya membaca tulisan di blog kak Dijah, isteri ust Ramadhan Fitri. Alhamdulillah, sangat2 memberi kekuatan dan keinsafan membaca tulisan beliau. Saya sungguh kagum akan kekuatan beliau dan suami. Moga Allah memberi kekuatan yang sama buat kak Mawaddah & Hafiz. Takziah saya ucapkan.



“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23
Baca Selanjutnya...

Sunday, December 13, 2009

Rehlah Bersama Anak-anak Ku..

Assalamualaikum wbt.

"INDAHNYA KEHIDUPAN INI ANDAINYA IA UNTUK ISLAM"

Ungkapan ini mungkin bukanlah yang paling indah untuk menggambarkan matlamat sebenar kehidupan ini. Namun, masih mampu untuk kita memahami bahawakehidupan ini bukanlah sekadar beribadah khusus semata2, bahkan sebagai seorang khalifah. Dalam ungkapan jelasnya adalah JIHAD.

Wah, bunyinya seakan2 besar sekali tanggungjawab sebagai hamba ini. Sudah tentulah, namun, sejauh mana kita memahami dan mengetahui jalan yang terbaik melaksanakan tuntutan itulah yang akan menjadi kayu ukur ringan atau beratnya ia untuk kita.

Kita masing-masing punyai penjuru & sisi yang perlu dijaga. Jadi jagailah ia sebaik mungkin.

Baiklah..bersempena membincangkan tajuk berjuang fi sabilillah ini, saya dan anak2 usrah telah berehlah ke Teluk Cempedak pagi tadi. Berpagi2 melihat kebesaran Allah, menikmati rezeki Allah, meraikan ukhuwwah fillah, berbicara tentangNya dan menginsafi diri sebagi hambaNya.


Waktu pagi di TC



Anak-anak usrah saya
Belakang dari kiri: Yana, Dayah, Syaheeda, Hans, Fatimah (co-naqibah), saya, Jawahir & Sarah.
Depan sorang2: Nani.


Ni sarapan kami. Sodap ni tau. Sandwich Ummu Iffah & Pulut Hitam Island

Di akhir rehlah, mereka telah buat satu surprise untuk mak2 mereka ni. Menyanyikan sebuah lagu yang indah. Oh, terharu. (Walaupun tempo dan pitching mereka berterabur. Huhu). Sayang kat adik2 semua. Semoga kita terus thabat di jalan Allah.


Baca Selanjutnya...

Saturday, December 12, 2009

Saya dibuli oleh Ibu....

Assalamualaikum wbt.

Ibu dan abah kena belajar sungguh2 bermula dari blok ni. Sebab ibu dan abah akan ada 1st Professional Exam pada bulan 5 nanti. Ibu kate, 2 tahun belajar sekali exam jer. Iffah harap ibu dan abah rajinlah mengulangkaji pelajaran yer. He3, bagi nasihat plak..

Maybe untuk hilangkan tension, ibu telah merakam gambar2 iffah dibuli. Emm, ye ke? Takde la. Iffah ni yg nak sangat pakai telekung macam ibu, jadi ibu ambiklah gambar iffah buat kenangan. Senang hati melihatnya. Ibu kate, budak nakal ni bijak tau. Ameen. He3~



video


Ibu: Moga iffah jadi anak yang solehah dan membantu ibu abah study. Bila iffah nakal sangat, tension ibu tau. Tapi saaayang iffah selalu..Nanti ibu beli telekung kanak2 untuk iffah solat,k..


video


Tata semua..See you next time..Wassalam
Baca Selanjutnya...

Monday, December 7, 2009

Azam Baru!!

Assalamualaikum wbt.

Hari ini adalah hari pertama class untuk block3 year3 MBBS(Bachelor of Medicine & Bachelor of surgery) ni. Fuh, penuh semangat dan tenaga rasanya.


Ambil masa sekejap buka lap top ni sementara iffah sedang tidur lagi. Anak dara tu memang lewat bangun paginya, pukul 11 nanti baru bangun biasanya. Mana tidaknya, waktu tidurnya mesti sama dengan ibu abahnya sekitar jam 12 - 1 pagi. Oh, melalut tentang iffah pula.



Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doakan saya dan suami dibantu dan diberi kekuatan oleh Allah juga. Terima kasih.

PS: Selamat menempuh Professional Exam buat sahabat2 dentistry 2nd Year. Ma'an najah.

Baca Selanjutnya...

Saturday, December 5, 2009

Kegemaran Saya!!

Assalamualaikum wbt semua!

Hari ini iffah mahu bercerita tentang perkara-perkara yang iffah gemar lakukan di waktu lapang. ibu bagitahu, waktu lapang ni perlu diisi dengan hal-hal yang bermanafaat. Lagipun, iffah sedang membesar dan perlu belajar banyak perkara supaya suatu hari nati, iffah akan
menjadi wanita yang solehah. Ameen.

Bila iffah bangun tidur, iffah akan tengok keliling cari ibu dan abah. Kalau takde, iffah cari lah handset ibu atau abah. Bukan ape, nak telefon ibu suruh ambik iffah ni. Nak minum susu. "Minum susu, iffah jadi sihat dan kuat!! Hehehe". Call punya call, tak dapat. Iffah pun jerit kuat2, "Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!". Ibu pun berlari2 datang. Huhu.

Oh, sila jangan salah faham. Kegemaran iffah bukanlah suka menangis (sebenarnya ye, menangis nak manja. hehe. tension ibu). Tapi, sebenarnya, kegemaran iffah ialah suke tepon abah dan kawan2. Ramah tau iffah ni. Sila tengok gambar2 iffah di bawah.




video

Selain tu, iffah juga suka dengar lagu. Biasanya ibu bagi dengar lagu nasyid album kanak2 macam "sayang Allah, sayang Islam". Tapi kadang2, ibu bagi dengar lagu "Awimbawe". Mak cu iffah masa kcik2 dulu pun suka jugak dengar lagu tu. Nenek pun suke jugak. Hehehe. Ha, meh tengok betapa seronoknye iffah dengar lagu "Awimbawe".


Ibu pesan, "Dunia2 jugak, akhirat jangan lupa!!". Jadi, iffah sentiasa luangkan masa untuk bersolat. Moga2 Allah ampunkan ibu dan abah selalu, iffah takpe, ibu kate budak kecik takde dosa lagi. Iffah saaaynag ibu abah. Nenek, toki, tok ma, tok ba dll jugak, moga Allah ampunkan dosa2 mereka. Ameen.





Okey, jumpa lagi semua lain kali. Tata titi tutu. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 2, 2009

Merdeka !!!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ni tepat jam 11 pagi akhirnya, saya dan abang selamat menjawab paper last untuk final exam block 2 ni…lega rasanya..

Merdeka!!

Huhu, macam budak2 sekolah plak. Doakan segala usaha dan doa dimakbulkan Allah. Moga kami lulus dengan tenangnyer. Ameen..Thanks semua!

Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 25, 2009

Study Week Bersama Iffah!

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni adalah revision week. Isnin depan final exam untuk Blok2 Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) nih. Bermakna perlu luangkan masa untuk ulangkaji pelajaran..

Hmmm, seronok rasa dapat mentelaah pelbagai ilmu yang bila difikirkan, tak semua orang berpeluang mempelajarinya. Kekadang, naik letih otak membacanya. Tapi still happy sambil melayan kerenah dan telatah iffah yang pelbagai. Memanglah anak itu penyejuk mata hati..

Iffah rajin teman ibu abah study

Keesokannya, iffah menjadi astronaut pula..
Lihat mainan dan buku iffah habis bertaburan


Kemudian, iffah bersenam pula..
Sama naik berterabur nota2 ibu abah dan mainan iffah


Tapi..iffah rajin tolong ibu sapu rumah..kemas2...
sama rajin ngan buat terabur rumah jugak lah..


Tersenyum sendirian lah...makin membesar si iffah ni..kejap aje dah 1 tahun 3 bulan..seusia dengan tempoh pengajianku dalam MBBS ni hingga kini..

Letih juga kehidupan berumahtangga ni, namun itulah kemanisan hidup.

Doakan saya dan suami lulus yer untuk exam minggu depan ni. Terima kasih atas sokongan semua.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 17, 2009

Selamat hari lahir untuk diriku Lagi..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni plak nak tayang kad wish dari syifa', anak sedare saya yang baru 1 tahun 4 bulan tu...lawo tau...

"salam buat mak lang..dikesempatan ini syifa' sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 22 buat mak lang..hehe..dah tua dah mak lang..kami doakan semoga mak lang sentiasa diberi ketenangan (mutmainnah) dan kebahgiaan di dunia mahupun di akhirat..menjadi hambaNYA yang taat, anak yang baik buat nenek dan toki, isteri yang solehah buat ayah lang, kakak yang penyanyang buat mck2 dan pck2 syifa', adik yang comel buat ummi ngan ayah ngah dan akhirnya ibu yang mithali buat iffah dan bakal adik2 nye..aminnnn ya Rabb..kami doakan juga semoga mak lang sentiasa success dalam study dan menjadi doktor mukminah yang solehah..lastly, smg sentiasa dimurahkan rezeki..tahniah atas business yang laris..keep it up..erm, kad tu syifa' reka khas utk mak lang..mak lang kena baca guna kanta pembesar tu tau..syifa' pilih warna favourite mak lang utk kad tu..biru ngan purple..hehe..ok lah mak lang, kami sayang mak lang..muahhh..wassalam.."

Mak Lang Di Samping Suami Tercinta

p/s: kad yang syifa' bagi tu lawo la...tapi tak leh copy kat sini...jadi boleh klik kat sini untuk tengok...http://lamansyahid.blogspot.com/

Tenkiu syifa'...saaayang syifa', najwa, umi dan abi..
Baca Selanjutnya...

Monday, November 16, 2009

Selamat hari lahir untuk diriku..

Assalamualaikum...

Saya dah lama tak update article dalam blog ni... Maybe sibuk sikit baru2 ni..

Skang ni hanya nak tayang kad hepi birthday hadiah dari sahabat saya dari gombak...nazirah namanya...saya doakan awak berbahagia slalu yer jie..thanks a lot..


Huhu...dah semakin tua usia ni rupanya..ayah saya dulu pun kahwin dengan mak saya masa usia 22 tahun...saya menang lah kalu gitu, sebab saya kahwin umur 19 tahun...sekarang, dah ada bayi usia 1 tahun 3 bulan...alhamdulillah...hehe
Baca Selanjutnya...

Saturday, October 31, 2009

Subhanallah !

Assalamualaikum wbt..

Memang benarlah ibu bapa sebagai pencorak jiwa dan diri anak-anak..

Cuba tengok ape yang iffah suke buat sekarang pada usia baru 1 tahun 2 bulan..

1) Iffah suke solat macam ibu dan abah..walaupun hanya tahu bertakbir dan sujud, she still bersujud pada penciptaNya..sejuk hati ibu..iffah sujud pandang tepi, takut lemas agaknye.hehe..


2) Setiap kali melihat ibu memakai telekung, iffah pasti akan segera mengambilkan sejadah untuk ibu bersolat..time kacih iffah...


3) Membaca majalah memang kegemaran iffah...waah, seronoknyee..


4) Selain itu, iffah suke tolong ibu dan abah ulangkaji pelajaran...hahaha, kini iffah lebih master berbanding ibu dan abah bab medic ni..

video

5) Opss..tak lupa juga...iffah pandai bertilawah Al-Quran tau....aaaaaaa...itu aje bunyinye...tak cukup bertajwid dan bermakhraj kata abah..hehe

6) Iffah skang pun dah tahu peraturan kluar rumah untuk wanita islam..ye ke iffah tahu??..Tapi...bila nampak ibu nak bersiap, iffah akan hulur jubah, tudung, stoking, stongan and skaf kepada ibu...seronok sangat dia...


7) Iffah pun suke tengok video lagu 'sayang allah dan sayang islam'...emmm, syoknyee, pantang jumpa laptop...


Apabila diinsafi tentang diri ini, terasalah betapa kurangnya kekuatan dan kemampuan untuk mendidik iffah hingga dewasa..

Moga2 anak ibu dan abah ni membesar menjadi muslimah solehah...yang baik dari ibu dan abah moga jadi sebahagian dari iffah...yang tak baik tu, iffah jadikan tauladan, k...mohon doa dari uncle2 and auntie2 sekalian ye...

Iffah: Caaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang semua !

p/s: Kalau you all perasan, majalah and buku yang iffah baca tu, dua2 terbalik.hehehe...
Baca Selanjutnya...

Friday, October 30, 2009

Iffahku Saayang..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, ketemu juga masa untuk menulis sedikit tentang perkembangan2 iffah yang menarik..

But the real problem is, iffah lg suka main kamera daripada kamera amik gambar dia..how hard it is to shot a nice angle of hers..hmm..

Most recent news is that iffah now is longer merangkak tau..alhamdulillah, with much usaha and tamrin kat umah mak by her uncle and auntie, iffah akhirnya manage to walk on her own..clap clap clap...TAHNIAH IFFAH! hehe..dalam usia 1 tahun 1 bulan lebih berjalan jua akhirnya si tomey ibu ni yer...

Dakpe2...skang dah nak masuk 3 minggu iffah dah tak merangkak...

Ok, let's watch rakaman iffah berjalan..

video
Baca Selanjutnya...

Untuk Ayah Sayang!


Selamat Hari Lahir untuk Ayah!!!!



Moga dirimu diredhai Allah selalu..
Baca Selanjutnya...

Monday, October 26, 2009

Tokey Dadih vs Tokey Cupcake

Assalamualaikum wbt..

Hehehe..I thought this is an interesting topic to be share here..

Who's tokey dadih? and who's tokey cupcake?..

Surely, some of you know..but it doesn't matter if all of you don't know...uisshh bankrupt our business gini..hii~

Actually, tokey dadih is the one who makes dadih and then sells it at stall..and tokey cupcake is the one who bakes cupcake chocolate and sells them to IIUM students..of course lah it's me the tokey cupcake, and my husband is the tokey dadih..

Rezeki itu 9/10 nya dari perniagaan kan...kami mengikut sunnah Nabi saw lah ni.. Seronok juga...Ingin mendengar pelbagai komen?...

Ayah: Biarlah mereka (berniaga), baru tahu susah senangnya mencari duit!

Emak: Nak pinjam bekas tak? tupperware? takpe, kami tak charge pun..

Abang: Bagus juga kan berniaga ni...buatkan kite menjaga waktu dan berdisiplin..

Dr. Azarisman: Those who thinking about their wife, their children and life plan are a step mature than the others (hehe...quote ingat tak ingat lecture islamic input)

Mcik Bi (tokey stall): Memanglah sedap..tengoklah siapa yang membuatnya.. (menjawab soalan pelanggan bertanya benar ke sedap "dadih sedap" abang buat tu)

Pelanggan cupcake: Akak ke yang buat cupcake chocolate yang sedap tu? (hehehe...termalu2 plak dipuji, kredit to emak yang ajar resepinya)

hehehe...lucu lah kehidupan ni..penat, memenatkan dan penuh dugaan...But amazingly, kite still boleh gelak tawa dengan kurniaan dari Allah...alhamdulillah...

Ust Nizamuddin: Kehidupan itu memang susah dan penat. Namun itulah erti sebuah kehidupan..

Akhir kata, semoga kite memilih jalan yang benar..Think positive to attract all positivity towards us...Ameen...


These are from tokey dadih...Waaah, looks sweet, icy n creamy kan..





And these are from tokey cupcake chocolate...Ummm, soo delicious and rich of chocolate, right?... Just one ringgit (RM1.00) only!. Some of my friends said that RM1.00 is quite cheap, it still can be sold at higher price, about RM1.20 or RM 1.30.. But Rm1.00 is enough for me to get some profits.




Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri !!

Assalamualaikum wbt..

Secebis kenangan di Aidilfitri..


Gambar Sekeluargaku di pagi Aidilfitri pertama
Belakang dari kiri : Kakak, Syifa', Abg Long, Syabab, Ansor, Khalil, Syakirah, Sobirah, Abg Habib.
Depan dari kiri : Aku (Mutmainnah), Abang dan Iffah, Ayah, Emak, Iman, Solehah, Muharrar.

Warna tema untuk raya pertama : koko

Warna tema untuk raya kedua : hijau (romantis tak?hehe)

Iffah pun hijau jugak

Baju raya iffah yang pertama

Baju raya iffah yang kedua. Iffah bersama syifa'.

Baju raya iffah yang ketiga

Baju raya iffah yang keempat. Iffah bersama toki dan nenek yang romantis.

Baju raya iffah yang kelima

Alhamdulillah sepanjang 3 hari kami beraya sakan ni, semuanya dalam lindungan Allah..

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN BUAT SEMUA

Baca Selanjutnya...

Bersawang betul !

Assalamualaikum wbt..

Hari ni genap sebulan aku tidak mengupdate blogku ini..Wah, bersawang !


Bukan ape, semenjak bulan Ramadhan ni, aku byk habiskan masa di rumah aje untuk revision week for final exam blok 1 medic 2nd year ini..Kat rumah takde internet line..

Then dah habis exam, trus cuti pulak..Duk rumah menumpukan kepada bisnes dadih aku dan abang..Alhamdulillah, ada la rezeki barang sedikit sebanyak..

Cuti pas exam ni sambung trus dengan cuti raya.. Penat sungguh beraya, Tapi, gembira berziarahan dan memperkenalkan iffah kepada sanak saudara dan sahabat handai..dapat lagi laa duit raya untuk iffah..alhamdulillah..

Hmm..smgt berkobar ni nak bersihkan blog ni dari sawang2 ni..OK, LET's MENGEMAS !!!

Baca Selanjutnya...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Ke-2..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi ramadhan kali ini..

Ramadhan ke-2 buat iffah mardhiyyah..

Yang pertama dahulu, hambar rasanya kedatangan ramadhan..sebulan tak berpuasa as waktu tu masih dalam pantang melahirkan iffah..

Moga aku masih berpeluang menggadakan segala ibadah yang kerugian dahulu. Ameen..

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua kaum keluarga dan sahabat2..

Baca Selanjutnya...

Tuesday, August 18, 2009

Bahagiakah kita, abang ?..

Assalamualaikum wbt..

Aku baru sahaja selesai menghabiskan tanpa tajwid & bertartil bacaan buku Satu Rasa Dua Hati karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Namun masih mampu memahami dan menghayati baris bicaranya.

Buku motivasi ini membicarakan persoalan mencipta cinta sepanjang kehidupan berumahtangga.

Pejam celik, pejam celik..terlalu banyak perkara yang telah berubah dan bertukar ganti..

Semalam..17 Ogos..iffah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama..tapi masih belum boleh berjalan lagi..em, manja anak daraku sorang ni..



Hari ini..18 Ogos..aku dan suami menyambut ulangtahun kedua perkahwinan kami..sebentar sahaja masa berlalu..


Namun..aku masih berfikir..bahagiakah kita sepanjang melayari bahtera rumahtangga ini, abang?..

Aku membaca bait2 tulisan Ustaz Pahrol.

Kebahagiaan itu pada ketenangan hati..dan ketenangan hati itu pada mengingati Penciptanya..

Mungkin abang patut mengembalikan soalan itu kepadaku..

Tenangkah hati sayang bersama abang?..Andai ya, bahagialah kita..

Dekatkah hati sayang dalam mengingati Pencipta kasih kita?..Andai ya, bahagialah kita..

Seharusnya air mata ini mengalir dalam menghisab diri sendiri yang penuh kekerdilan ini..seorang hamba yang merindu kasih Penciptanya..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Saturday, August 8, 2009

Akhirnya..

Assalamualaikum wbt..

Sejak dari nikah lagi, aku teringin sangat berbasikal dengan abang jalan2 tepi pantai di dungun.. Tentu seronok.. Tapi, tiba2 dah mengandungkan iffah. terbantut hasrat setahun..

Akhirnya, setelah nak masuk 2 tahun nikah, kira2 nak jadi dah la plan kami ni.. Kitorang bertiga pun siap2 lah nak bersiar2..

Aku berbasikal..syoknyee..

Abang naik motor dengan iffah..


Akhirnya..Dah takdir..baru 1km bergerak, hujan rintik2.. Hujan rintik2, air bergelombang, ibu bagi seposen, abah bagi seposen, iffah pegi pasar~ ...hehe...

Akhirnya... kitorang pun tukar plan..gi pasar minggu..jadi jalan-jalan cari makan plak..Rezeki..Alhamdulillah..

Akhirnya..wassalam.
Baca Selanjutnya...

Hepi Birthday !!!!!!!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Iffah doakan semuanya sihat dan gemuk2. Hehe.. Syifa' je yang tak gemuk2 lagi..

Ha, sape ye syifa' ni? Ni sepupu iffah. Dah umur 1 tahun pada 23hb Julai baru ni..Iffah muda ckiiiit saje dari syifa' sbb iffah lahir 17hb ogos ni... yey yey, dah nak dekat..

Tapi kan, malam ni kitorang dah sambut birthday same2.. meh same2 kite tgk gambar2 majlis birthday kami berdua..

Sedondon kan.. tapi syifa' nangis, dia tak sihat sangat tu..Jangan la nangis, syifa'..

Ehem2..betulkan topi, nak amik gambar ni..

Toki sampaikan hadiah untuk syifa'..dalam gambar ada ayah anjang, nenek & cik de..

Ni syifa', umminya & abinya..

Toki sampaikan hadiah untuk iffah plak..dalam gambar ada ibu, ayah su & mak cu..

Ni abah, ibu & iffah..sebelah tu acik..iffah marah sbb nak gi main..

Inilah nenek dan toki yang bahagia..hehe..blakang tu ayah andak..

Okey, nak tido dah..nanti iffah suh ibu type lagi yer..Aaaa, jangan lupa, birthday iffah 17hb Ogos iaitu sehari sebelum anniversary ibu & abah (18hb Ogos)..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...