Wednesday, December 16, 2009

Pemergian Yang Menyentak

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya ke kelas seperti biasa semalam. Ya, rutin harian yang biasa. Namun, sesuatu benar2 menyentak naluri saya sebagai seorang manusia biasa, seorang ibu jua seorang hambaNya. Berita tentang kematian 'Ukasyah Ibn Hafiz benar2 membuatkan saya terpaku seketika.

"Benarkah apa yg didengari? Tak mungkinlah, 'Ukasyah sihat2 sahaja. Baru sahaja aku layari blog ibunya mengikuti perkembangan 'Ukasyah."

Air mata bergenang2. Berfikir, berfikir dan berfikir. Seolah2nya saya yang tidak mampu menerima kenyataan yang tiba2 menjengah. Saya hampir tidak menumpukan perhatian kepada lecture2 dalam class hari itu.

Waktu rehat, saya mencari abang. "Abang, sayang seperti tak percaya Ukasyah dah takde. Sayang nak menangislah abang". Saya ulang berkali2 pada abang. Dalam kelas, saya juga mesej abang. Air mata terbendung, tak mampu ditumpahkan saat di khalayak ramai ini.

Pulang sahaja dari class, air mata berhamburan sepanjang perjalanan. Tiba di rumah, saya segera ke bilik study, mencapai laptop dan mencari blog ummi 'Ukasyah. Saat menatap wajah comel 'Ukasyah yang cuma 3 bulan setengah buatkan sekali lagi air mata menitis laju.

Saya tidak tahu kenapa saya menangis. Saya hanya mengenali Kak Mawaddah, Hafiz dan 'Ukasyah dari blog. Tak pernah sekali bersua atau berkenal rapat. Mungkin kerana saya seorang ibu, terasa sungguh beratnya akan kehilangan seorang cahaya mata yang dikandung, dilahirkan, dijaga, dibelai dan disayangi sepenuh hati.

Apa yang paling pasti, pemergian ini membuatkan saya benar2 sedar bahawa saya perlu ikhlas menyayangi dan mendidik anak amanah dari Allah. Dia punya haq atas amanah besar ini. Apabila memandang iffah, saya sangat bersyukur kerana Allah memberi rezeki untuk Iffah bersama2 saya hingga kini, membesar dengan sihat dan pintar.

Saya harus benar2 menghargai masa2 yang Allah berikan buat saya untuk menatap wajah2 insan yang saya sayang. Kejutan dari berita ini membuatkan saya tidak senang tidur. Tiap kali terjaga dari tidur apabila iffah merengek2 meminta disusukan, segalanya kembali mengimbau. Saya peluk iffah, seolah2 saya merasa trauma tentang kehilangan sesuatu.

Saya juga yakin bahawa tentu emak dan ayah sangat menyayangi saya dan adik-beradik yang lain. Membesarkan kami dengan kasih-sayang dan pengorbanan. Moga allah rahmati kasih emak dan ayah. Hanya Allah yang mampu menganjari.

Ketika bercakap dengan kakak tentang kesedihan saya, kakak mencadangkan saya membaca tulisan di blog kak Dijah, isteri ust Ramadhan Fitri. Alhamdulillah, sangat2 memberi kekuatan dan keinsafan membaca tulisan beliau. Saya sungguh kagum akan kekuatan beliau dan suami. Moga Allah memberi kekuatan yang sama buat kak Mawaddah & Hafiz. Takziah saya ucapkan.



“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23

6 comments:

  1. 'ukasya kembali kepada penciptaNya.. ana pun terkejut bila tahu berita ni semalam.. walaupun tak pernah bersua, tapi terasa sgt2.. kehilangan.

    semoga diberikan kekuatan kepada kak mawwadah dan zaujnya.. 'ukasyah menanti disyurga..

    jaga iffah baik2..insyaAllah, moga dia membesarkan menjadi mujahidah solehah.=)

    ReplyDelete
  2. ya Allah..betul ke? inna lillah wa inna ilaihi roji'un. terkejutnya dgr berita ni. akk kenal mawaddah pun dr blog dia je tp selama ni duk baca, 'ukasyah sihat2 je. tahu ke asbab dia meninggal?

    ReplyDelete
  3. salam..kak nadiah..dari hasil post mortem..arwah 'ukasyah meninggal tersedak susu..laila sempat menziarahi mawaddah di rumahnya..mawaddah ialah sahabat saya semenjak dr matrikulasi uia..

    ReplyDelete
  4. Saya pun sangat sedih dan terkejut mendapat berita ini. Saya tak tahu cerita exact dan lanjut. Cuma sekadar yang dibawah dapat tahu.

    Cause of death : Aspiration pneumonitis. (aspiration of gastric content, acute, onset 1 hour, severity depend on extend of aspiration, mortality rate 70%)

    Menurut kisah yang diketahui, arwah 'Ukasyah di nursery. Diberi minum susu, then tidur. Apabila penjaga datang untuk bagi pada ibu bapa, sudah biru. Dikejarkan ke A&E dengan pelbagai usaha utk resuscitate dilakukan. namun, Allah jua lebih berkuasa dan Maha Penyayang.

    Untuk ibu2 dan bakal ibu, kedudukan bayi meniarap untuk tidur selepas menyusu sangat digalakkan. mengurangkan risiko aspiration berlaku. Hanya pada Allah kita bertawakkal.

    ReplyDelete
  5. innalillah wa inna ilaihi raji'un..
    smga mawaddah tabah mghadapi dugaan ni..
    akk pun sebak sgt bila tau brita ni dik..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. walaupun tak kenal, tapi cukup kenal melalui blog. melihat `ukasyah membesar, terasa spt melihat anak sendiri membesar. `Ukasyah hanya pinjaman, sampai masa pasti akan kembali. Hadirnya `Ukasyah memberikan momen manis bt ibu dan ayahnya. Kredit syurga buat ibu dan ayahnya, kerana `Ukasyah sudah menanti di pintu syurga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...