Wednesday, November 25, 2009

Study Week Bersama Iffah!

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni adalah revision week. Isnin depan final exam untuk Blok2 Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) nih. Bermakna perlu luangkan masa untuk ulangkaji pelajaran..

Hmmm, seronok rasa dapat mentelaah pelbagai ilmu yang bila difikirkan, tak semua orang berpeluang mempelajarinya. Kekadang, naik letih otak membacanya. Tapi still happy sambil melayan kerenah dan telatah iffah yang pelbagai. Memanglah anak itu penyejuk mata hati..

Iffah rajin teman ibu abah study

Keesokannya, iffah menjadi astronaut pula..
Lihat mainan dan buku iffah habis bertaburan


Kemudian, iffah bersenam pula..
Sama naik berterabur nota2 ibu abah dan mainan iffah


Tapi..iffah rajin tolong ibu sapu rumah..kemas2...
sama rajin ngan buat terabur rumah jugak lah..


Tersenyum sendirian lah...makin membesar si iffah ni..kejap aje dah 1 tahun 3 bulan..seusia dengan tempoh pengajianku dalam MBBS ni hingga kini..

Letih juga kehidupan berumahtangga ni, namun itulah kemanisan hidup.

Doakan saya dan suami lulus yer untuk exam minggu depan ni. Terima kasih atas sokongan semua.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...