Wednesday, June 30, 2010

Melangkah ke Alam Perkahwinan ..

Assalamualaikum wbt..

Sejak tarikh pernikahan saya dan suami pada 18 Ogos 2007, semakin ramai sahabat handai yang kini telah jua meniti jejak yang sama. Ramai hingga tak cukup jari saya nak membilangnya. Yang istimewanya, kami mendirikan rumahtangga di alam pembelajaran. Tahniah untuk semua ye.

Selangkah ke alam perkahwinan, segalanya baru. Iyalah, menjejak dunia baru yang asing kan. Selangkah lagi, tibalah ke alam keibubapaan. Kali ini, saat menduga tanggungjawab dan jua saat menghirup manisnya keindahan baitul muslim.

Hingga kini, usia pernikahan saya dan suami hampir menjejaki angka 3 tahun, begitu jualah usia iffah mardhiyyah yang bakal menjangkau 2 tahun. Iffah lahir cukup2 sehari sebelum hari ulangtahun pernikahan kami yang pertama. Sepanjang tempoh ini jugalah, banyak perkara yang semakin mematangkan diri dan fikiran saya. Bergelar isteri membuatkan saya lebih peka memerhatikan kehidupan rumahtangga pasangan lain. Belajar dan mencari pengajaran.

PATUT NIKAH KE TIDAK, KAK?

Selepas bergelar Puan ini, sering jua lah diri saya ini menjadi tempat rujukan kawan2 tentang soal mendirikan rumahtangga. Bukan sebagai ustazah or kaunselor, cuma sebagai satu pilihan untuk secebis perkongsian dan pandangan. Sering juga mereka berbelah bagi di hati samada keputusan hendak bernikah ini syari'e atau tidak. Pendapat dan pengalaman saya, sebagai seorang hamba yang baik, setiap keputusan kita haruslah bersandarkan pada pandangan syarak. Bukan sekadar berpandukan perasaan dan emosi.

Saya suka merujuk kepada hukum pernikahan yang semua antara kita telah pelajari waktu persekolahan dahulu. Ia simple dan mudah difahami. Memang tak dinafikan, panjang perbahasannya, namun perkara simple ni pasti lebih melegakan fikiran yang kusut saat hati resah menanti si dia. hehe.

1. Wajib - Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
2. Sunat -
Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.
3. Harus -
Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
4. Makruh -
Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
5. Haram -
Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.

Kemudian, hisablah diri masing2 di samping memohon petunjukNya. InsyaAllah meneguhkan hati di atas pilihan yang terbaik.

BANYAKNYA DUGAAN MENGHALANG, KAK (T_T)

Hmm, hati memang nekad nak bernikah. Tapi banyak betul rintangannya. Sana sini terdengar keluhan. Ada juga yang keresahan, mencongak2 wang belanja nikah, rumah sewa, bakal anak dsbnya.

Isu yang pertama dibangkit selalunya tentang restu dan kerjasama ibu bapa. Samada sebelah pihak atau dua2 pun bermasalah serupa. Memang tak dinafikan ini isu biasa, saya juga satu masa dahulu berhadapan perkara yang sama. Namun, yakin3!! Setiap kebaikan itu pasti bersama pertolongan Allah.

Ayah mempasakkan dalam jiwa saya, hati ibubapa itu dalam genggaman Allah. Allahlah yang membolak-balikkan hati manusia. Berusahalah dan yakin dengan pertolongan Allah. Ibu bapa kite bukan tidak sayangkan anak, cuma masih ada yang kurang yakin akan survival anak2 dan masih tidak dapat memahami antara adat, pandangan umum, dan tuntutan syarak. Berusahalah dengan bijaksana! Huhuhu

Isu kedua, soal wang. Yang ini, bagi saya adalah masalah yang sangat relatif. Bagi si A yang sederhana, rm100 tu banyaaaak. Bagi si B yang agak mewah, cipuuuutnyeeee. Soal wang ini memang rezeki dari Allah, namun kita masih boleh berusaha dan merancang. Manusia apabila ditanya tentang cukup, memang sentiasa tidak cukup. Wang apabila dibilang2, lagilah dirasakan tak cukup. Saya dan suami dahulu, ada juga membuat tabungan sebelum pernikahan. Sekarang juga, ada simpanan dari biasiswa, wang niaga kecik2 dan wang orang hulur. Hehe.

Jika diteliti, tak banyak yang berubah tentang soal belanja harian. Sejak melangkah ke IPTA (zaman anak dara), saya banyak bergantung pada wang biasiswa sahaja berbanding meminta dari ibubapa. Memandangkan mak ayah punya tanggungan lagi 8 orang adik-adik di rumah. Dah semput sangat saat biasiswa lambat masuk, baru minta dari ayah.

Ayah sekali lagi memahat dalam jiwa saya tentang rezeki. Saya tahu ayah sangat yakin dengan janji Allah dalam ayat 1000 Dinar. "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa berserah diri bulat2 kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya..ila akhir ayat"

Ayah juga berpesan. Dari satu hadith, antara 3 orang yang dijamin rezekinya oleh Allah ialah orang yang berkahwin untuk menyelamatkan diri dari melakukan maksiat. InsyaAllah dengan keberkatan dan kesabaran, segalanya mencukupi.

Isu ketiga, soal anak. Realitinya bolehlah dibaca dari perkongsian ramai sahabat2 yang sudah dikurniakan cahaya mata saat dibangku pelajaran ini. Mungkin agak tertonjol yang manis2 aje, sebenarnya yang dasyat2 banyak juga. Hehe. Memang mencabar.

Bagi saya, anak adalah anugerah Allah. Lebih baik miliki seorang dahulu buat penyeri dan menambah berkat rumahtangga before kita merancang. Ini juga pendapat dari ustzh Isfadiah, principal mahallah saya dahulu. Namun, walau kita merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya. Yang terbaik adalah darinya, berbahagialah dalam kesabaran. Setiap anak itu sudah tercatat rezeki untuknya, InsyaAllah.

SATU SOALAN YANG TIDAK DITANYA

Seorang ustaz pernah berkata dalam kuliyyahnya. Masyarakat sering bertanya dan merujuk kepada ustaz2 tentang soal berkahwin dan akad nikah. Tapi, amat jarang dan mungkin tiada yang bertanya tentang soal bagaimana seharusnya majlis perkahwinan diadakan.

Kesannya, merata-rata dapat kita lihat majlis perkahwinan yang masih bercampur dengan perkara yang tidak seiring dengan syarak. Masih ramai yang menggunakan mekap berlebih-lebihan saat itu, tak kurang juga yang majlisnya bercampur baur lelaki dan wanita, menggunakan muzik dan nyanyian yang melalaikan, pembaziran dan sebagainya.

Tidak dinafikan, hampir keseluruhan autoriti menentukan perjalanan majlis perkahwinan adalah ibu bapa kita yang kadang2 masih kurang kefahaman tentang Islam. Hinggakan ada yang tidak mampu menolak desakan ibubapa untuk bermekap2 dsbnya. Namun, masih banyak juga ibubapa dan kita sendiri yang luas ilmu agamanya, namun terkorban kerana terlalu mengambil kira pandangan masyarakat tentang adat sambil menyedapkan hati dengan kata2, "Kahwin sekali aje seumur hidup, takpelah sekali aje".

Seorang ustaz yang lain pernah melontarkan satu cabaran untuk para mahasiswa yang mengaku dirinya pembawa dakwah. Sedaya upaya berusahalah menyelamatkan diri kita dari fitnah mengadakan majlis perkahwinan sebegini. Sekiranya tidak mampu pun, mulakanlah dari anak2 hasil baitul muslim kita. Pastikan anak2 terjaga syaraknya saat majlis perkahwinan mereka kelak. Semoga menjadi suatu qudwah dan medan dakwah yang berterusan. Memecah tradisi yang tidak seiring dengan Quran dan Sunnah. Islam itu memang cantik.

Ayah juga berusaha memulakannya dari majlis perkahwinan anak2nya. Tiada mekap berlebihan, mengasingkan tempat makan lelaki dan wanita, bersederhana dalam perbelanjaan kenduri serta hantaran, meringkaskan khutbah nikah kepada peringatan yang lebih penting dsbnya. Ayah juga tidak menjemput tok kadi, hanya berbekalkan borang nikah yang dah siap di'sign' oleh tok kadi. Katanya nak memecah tradisi yang seolah2 tidak sah nikah tanpa tok kadi. Hehehe, macam2 ayah ni. Kreatif jugak kan.

PENUTUP


Tahniah sekali lagi untuk sahabat2 saya yang telah melansungkan perkahwinan mahupun yang telah menimang cahaya mata. Semoga kehidupan kite semua sentiasa diberkati dan dalam petunjuk Allah swt. Saya sertakan beberapa foto pernikahan saya, kakak dan kawan2 yang saya rasa elok untuk dijadikan contoh (Ini je gambar yang saya ada, yang takde maaflah yer). Ambil contoh yang baik aje la yer. Contoh fesyen nikah pun ok gak. Hehehe. Lihat, semua pun nampak indah tanpa berlebih2an bukan?


Ini gambar nikah saya dan suami


Ini gambar nikah kakak saya (kiri) dan kawannya (kanan).
Kawan kakak nama Aziziul Hakim, nikah dengan kawan saya nama Naziyah.



Ini gambar perkahwinan kawan saya Wardah (kiri)
dan kawan masa kecik2 dulu Israak (kanan)



Semoga yang baik dapat dijadikan ikutan dari posting kali ni. Yang
kurang, harap maafkan yer. Wassalam.

6 comments:

  1. Salam, sekadar perkongsian..

    Bila ibubapa menghalang, seringkali difikirkan ibubapa yg tidak memahami.. tak semena2 buruk name ibubapa di mata teman2... tp sedarkah kite jika allah tak izinkan, mmg ia tidak akan berlaku.. kenape tidak redha pd ketentuan Ilahi.. kenapa tidak yakin pd ketentuan Ilahi andai dia milikmu dia akn tetap menjadi milikmu..

    bagaimane mungkin si ibu membenarkan si lelaki itu menjadi suami sedangkan subuhmu tidak terjg walau ibmu puas mengejutkanmu dr subuh.. bagaimnae mungkin si ibu benarkan si gadis menjadi isteri sedangkan kate2nye tidak mlambangkan muslimah yg mu'minah?

    komen ini bukan utk menegurmu saudariku, tetapi utk menegur seseorg (yg masih belum berkahwin tpp mcm da kawen dr segi perkataan) yg kuharap bakal membaca komen ini..

    usah di'blame'kan ibubapa krn segalanye dlm perancangan rabbul jalil.. koreksi diri masing2 termasuk yg menulis..

    kepada dikau, taubatlah!!

    nurul mutmainnah, hrp anda nasihat kwn anda, sy rase and tahu dia siape..

    assalamalaikum...

    ReplyDelete
  2. terima kasih nasehah atas pandangan yang diberi..
    saya setuju sangat dengan pandangan anda..
    Kiranya jalan kita pilih tu betul, iallah segalanya dipermudahkan allah..
    kiranya maish perlu ditangguh atau bukan jalannya, pasti tak tertempuh dugaan yang merintang..

    saya harap kite dapat berhubung melalui emel ttg kawan say yang nasehah maksudkan..tak dapat nak agak lagi :)
    nur_zurich@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. entri yang bagus..erm, comey nyer kakak penulis..kim salam kat dia ye..

    ReplyDelete
  4. salam..terima kasih diatas entri yg sgt berguna.tumpang bace ye walau x kenal..=)

    ReplyDelete
  5. Memang ramai di luar sana yg masih jahil tntg adab2 walimatulurus mengikut Islam...

    ALHAMDULILLAH...
    Kepada Kakak dan suami,tahniah...
    Semoga berkekalan dan terus diberkati ALLAH sehingga ke anak cucu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...