Saturday, January 9, 2010

Cupcake Chocolate

Assalamualaikum wbt..

Semalam baru aje habis exam minitest. Minitest yang besar. Sesudah selesai exam, cepat2 saya dan abang balik rumah untuk siapkan tempahan cupcake chocolate dari seorang kawan. Katanya untuk dihadiahkan pada classmate, 50 orang.. Alhamdulillah, siap juga tepat pada masanya..

4 hari lepas, saya dan abang buat keputusan untuk pelbagaikan produk cupcake chocolate kami sebagai barangan cenderamata. Idea tercetus apabila seorang senior ingin membuat tempahan besar cupcake untuk dihadiahkan kepada committe2 beliau sebagai penghargaan sepanjang bekerja dengannya..

Sebelum ini pun, kami pernah dapat tempahan untuk membuat kek chocolate saiz besar dan tempahan cupcake chocolate untuk dibawa pulang sempena perayaan Aidiladha..

Berikut ialah jenis2 cupcake chocolate yang kami tawarkan. Harganya berpatutan dengan kadar kos bahan, kos masa dan kos tenaga yang dilaburkan. Sesuai untuk makan2 atau sebagai cenderamata.


Cupcake chocolate tanpa bungkusan - RM 1.00



Cupcake chocolate in plastic bag + tissue - RM1.10



Cupcake chocolate in cellophane cupcake bag - RM 1.20



Untuk tempahan, boleh hubungi kami - 013-6280583/4

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. oh, ni la cupcake yang sedap tu! ...

    ReplyDelete
  2. Hehe..boleh tahan lah juga sedapnya..mak rajin buat sejak dari kami kecil lagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...