Tuesday, January 12, 2010

Berharganya Masa..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, saya baru aje selesai pergi photostat handout untuk sesi2 PBL (problem based learning) esok. Kali ini tugasan saya adalah untuk membentangkan tentang menstrual cycle atau kitaran haid dalam bahasa Melayunya.

Saya hanya mengambil masa lebih kurang 25minit untuk menyiapkan ringkasannya untuk diberi kepada rakan-rakan. Itupun hanya untuk mengisi masa terluang di perpustakaan UIAM yang selesa ni sementara menanti abang seselai dengan tugasannya.

Saya berfikir2 sebentar. Mencongak2 dan membanding2kan masa yang saya luangkan untuk tugasan pelajar yang juga seorang ibu. Andai di rumah bersama karenah iffah, saya pasti menggunakan lebih masa untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Mungkin memakan masa hingga sejam.

Kelmarin, saya hanya perlu menaip semula tugasan untuk dihantar segera. Sekitar beberapa perenggan sahaja dan perlu diedit sedikit untuk memudahkannya dibaca. Namun, tak sedikit masa diperlukan. sambil menaip, sambil mencerna idea, sambil melayan si comey iffah ni. Huhuhu...
Iffah sangat baik sebenarnya. Pandai melayan diri menonoton video2 nasyidnya dan pelbagai video cute2 sementara saya dan abang menyiapkan tugasan. tapi, kekadang sukar juga apabila iffah meragam, nak mintak main sama2. Terleka jugaklah ibu dan abah melayannya..

Hmm..kembali pada tujuan saya yang sebenar. Saya hanya nak kata, SUSUN & GUNAKANLAH MASA DENGAN BIJAK !!!! Yeyyyy!! (Yeyyy itu trademark iffah taw)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...