Sunday, January 31, 2010

Patah tumbuh, Hilang berganti, Buruk beli baru..

Assalamualaikum wbt..

Sejak beberapa bulan lepas, hanset lama saya pemberian mak asyik rosak aje. Buat keje lebih sikit pun, mati. Tergegar skit pun, mati. (read: terhempas. hehe). Asal jatuh je, terburai semua isi perut dia. Kesian plak. Memang kecederaan teruk, sampai nampak neurological problem hanset saya ni. Penin dan pengsan sokmo dia.

Namun, saya sebagai tuan yang sangat sayangkan barang2 pemberian mak, sabar aje la. Asal boleh sms and call orang pun dah ok. Lagipun, tak teringin berhanset baru as bimbing si kecil iffah ni bakal jadikan hanset canggih manggih nanti sebagai bola untul acara lontar peluru. Hehehe. Pakai hanset biasa2 ni okey jugak. Murah dan tahan lama.

Tiba2 baru teringat nak attach gambar hanset lama saya yang kesian tu kat sini. Cari punya cari, baru teringat. Saya takde pun gambar kenangan dia. Sedihnya dia, tentu kecik hati. Sebab lepas beli baru, lupa yang lama. Saya dah bagi kat adik dah hanset lama tu.

Semalam, abang cakap nak bawa saya cari hanset baru. Berkat kesabaran saya lah ni. Abang merasa sangat kasihan. Hehehe. Saya sangka abang tak serius. Banyak plak habis duit nanti. Tup3, bila malam menjelma, abang ajak saya kuar. Nak gi KP beli hanset baru. Syoknye, macam tak percaya aje.

Ini la kali kedua saya dapt hanset yang memg saya 1st owner. Pertama skali waktu nak masuk DQ dulu. Ayah yang belikan. Dan sekarang, abang pula nak belikan. Macam mimpi jer..

Sampai KP dah 9pm lebih. Kami ke dua buah kedai berdekatan. Ulang alik ke dua buah kedai tu tawar-menawar. Akhirnya, dapat harga yang memuaskan. Alhamdulillah...abang pun beli lah utk saya...

Terima kasih abang..


Lady Bug Note Generators


Balik umah, sibuk khatamkan buku panduan guna hanset. Padahal exam dah dekat. Hehehe. Semangat punya pasal. Abang gelakkan plak sebab saya sibuk nak on hanst yg tengah dicharge utk add software2 kat dalam tu. (sebenarnya saya mem saje je tunjuk hepi yang amat, supaya abang juga hepi tengok saya. hehehe)


Saya pilih Nokia sebab biasanya tahan lama sikit wlaupun digunakan dengan ganaz. Sesuai untuk kaum ibu yang mempunyai anak2 yang kecil. Hehe. Moga2 tahan lama lah.
Baca Selanjutnya...

Thursday, January 28, 2010

Seronoknyee Balik Dungun..

From: Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Terutamanya kepada Toki, Nenek, Mak Cu dan Cik Dik sayang.. Oh, yang lain2 jangan nangis yer iffah tak sebut nama. Okey laa, iffah tulis la semua. Untuk mak long, ayah long, syifa', najwa, ayah ngah, achik, ayah teh, ayah anjang, cik de, ayah su n semuaaaaaaaaaa lah. Eh, ada lagi... mak teh, ayah teh, mak su, ayah long lokman, mak long asma, ayah lang, mak ngah, ayah ngah, kak areena...fuhh, masih banyak yang tak sebut nih...bertuahnya iffah ada ramai sedare mare kan...oh, bahagianyaa..

Ok..iffah nak cerita pengalaman pulang ke kampung abah hujung minggu lepas. Jumpa tok ma, tok ba dan mak de fizah..Sungguh seronok..

Di pagi sabtu, iffah bersama ibu dan abah sama2 belah kelapa madu muda. Amik air kelapa dan isinya yang sungguh lemak serta lembut..Nyum3, sedapnya air kelapa. Iffah minum byak sgt.. Tapi, takde gambar plak..

Lepas makan tghari, iffah tak leh duk diam dalam umah. So, iffah ajak lah ibu main2 kat tanah. Nak tengok pokok2 tok ma n to ba yang cantik2 kat keliling umah..Yang sebenarnya, iffah nak main pakai selipar jepun besar..Hohoho, sampai atas umah pun masih nak pakai selipar lagi..Habis iffah petik daun n bunga2 tok ma yang cantik dan wangi..hehehe..


Caaak...cuba tengok slipar jepun yg besar dan matching dgn baju iffah tu..hehe


Petangnya lpas bangun tidur, iffah makan kepok lekor goreng..Sodap tau..tok ba beli kat kedai..Nyum2...Terengganu is truly Malaysia..Acu cuba try mari teranung gok..he~

Pas dah kenyang, ibu ngan abah bawak iffah gi pantai Sura. Wah..kuatnya angin dan ombak.. Iffah cam takut plak, terpinga2 tengok pemandangan yang menakjubkan ini.. Ibu dan abah ajar iffah main pasir, kutip kerang.. Tapi tak sempat nak pegang air laut...dah hujan...


Sebaik tiba di pantai...iffah berwajah muram dan terpinga2..



Termenung mengenang nasib diri yang masih tak ber'adik' lagi..hehe


Okeh, ce teka ape kitorang buat malam tu???...Jeng3....yey, yey...tok ba nak belanja makan malam kat 'Mama Chop, Papa Grill', restoran masakan western milik melayu...ini adalah hasil pujukan abah supaya tok ba belanja kami yang tak berduit nih...hehehe..pegi2, tengok2 tutup.. waaa, iffah lapaaaar...


Tok ma cakap, iffah kecik jer di celah-celah ibu dan abah..


Ibu bersama mak de fizah yang comey..


Tok Ma, abah ngan mak de pun kate, "baba belanja makan kat hotel UITM lah"...hehe, dapat pun makan akhirnya...sebenarnya, tok ma dan tok ba iffah keje sbg pensyarah kat uitm..tok ma rajin blaja, tahun lepas tok ma bru je grade amik PhD math..nenek iffah pun rajin gak blaja, tahun ni grade blaja Diploma Pengajian Islam & Politik Islam (ntah betul ke tak ni???)..

OK, sekian dulu berita terkini dari iffah comey...Tata semua...Muaah, sayang semua..
Baca Selanjutnya...

Saturday, January 23, 2010

Salam Ulangtahun ke-25 !!

Assalamualaikum wbt..

Hari ni 23hb January 2010... Maka, genaplah usia kakak saya yang sulung (memg sorang ni je pun kakak saya.he~) 25tahun.. Fuh, terasa dah tua plak bila tengok nombor 25 tu.. Kak, jangan marah yer..

Jadi sempena tarikh ni, saya nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-25 pada kakak.. Kalu semua nak tahu, saya orang pertama taw wish birthday kakak.. Tepat2 jer azan maghrib masuk, saya dah wish..Hahaha, gembiranya jd org pertama..ikut Islam, stp hari bermula dengan maghrib kan..that's why la saya tunggu azan maghrib..


Myspace Bubbles Note Generator


Saya doakan usia kakak akan diberkati Allah dengan keimanan dan ketaqwaan..moga2 murah rezeki..

Hm, elok la saya memperkenalkan kakak saya kepada semua yer.. Nama kakak saya Nurul Mukminah binti Yusof. Dah kahwin dengan Mohd Najmul Khairi. Kakak saya dulu blaja kat UUM, abang long plak blaja kat DQ n UIAM..Saya la jambatannya..Hehe, terperasan plak..

Ni kakak dan abang long..baru jer kahwin, xde baby lagi time nih..


Mereka skrg dah ada 2 orang 'buah cinta'..Syifa' dan Najwa..Kakak saya sangat baik orangnya.. Bila saya balik umah mak, kakak selalu layan saya dgn baik. Very welcoming n buatkan saya tak segan makan dan lepak2. Terharunya saya... Kakak juga sangat bertanggungjawab tentang adik beradik kami yg 11orang semuanya n juga tentang hal2 family kami... Tapi she's very sensitive, nak nangis je keje...Heheheh...OOpps, sangat tabah juga mendidik anak2 dan mengandung saat jauh dari suami...


Ini 'buah cinta' kakak dan abang long...syifa' dan najwa..


Sebenarnya, saya dah tempah satu hadiah special untuk kakak..Tapi, tetiba ejen jualan tu cakap, hadiah yg saya tempah dah habis stok...Waaaaaaaaaaaa, sedihnyee... Maaf yer, kak... (Tapi aku tak janji laa nak beli hadiah lain taw. Hahaha..)

Selain tu, saya juga nak ucapkan tahniah kat mak dan ayah saya yang berjaya kandungkan dan lahirkan (khas untuk mak) dan didik seorang anak yang solehah macam kakak.. Tentu mak n ayah sayang sangat kat kakak sbb kakak anak sulung. Org kata, anak sulung ni tak sama 'nilai'nya ngan yang lain. Special taw, buah cinta pertama..huhuhu..

Mak dan ayah bersama 'buah-buah cinta' meraka berdua..hehe


OK, salam sayang untuk semua yer..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, January 12, 2010

Berharganya Masa..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, saya baru aje selesai pergi photostat handout untuk sesi2 PBL (problem based learning) esok. Kali ini tugasan saya adalah untuk membentangkan tentang menstrual cycle atau kitaran haid dalam bahasa Melayunya.

Saya hanya mengambil masa lebih kurang 25minit untuk menyiapkan ringkasannya untuk diberi kepada rakan-rakan. Itupun hanya untuk mengisi masa terluang di perpustakaan UIAM yang selesa ni sementara menanti abang seselai dengan tugasannya.

Saya berfikir2 sebentar. Mencongak2 dan membanding2kan masa yang saya luangkan untuk tugasan pelajar yang juga seorang ibu. Andai di rumah bersama karenah iffah, saya pasti menggunakan lebih masa untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Mungkin memakan masa hingga sejam.

Kelmarin, saya hanya perlu menaip semula tugasan untuk dihantar segera. Sekitar beberapa perenggan sahaja dan perlu diedit sedikit untuk memudahkannya dibaca. Namun, tak sedikit masa diperlukan. sambil menaip, sambil mencerna idea, sambil melayan si comey iffah ni. Huhuhu...
Iffah sangat baik sebenarnya. Pandai melayan diri menonoton video2 nasyidnya dan pelbagai video cute2 sementara saya dan abang menyiapkan tugasan. tapi, kekadang sukar juga apabila iffah meragam, nak mintak main sama2. Terleka jugaklah ibu dan abah melayannya..

Hmm..kembali pada tujuan saya yang sebenar. Saya hanya nak kata, SUSUN & GUNAKANLAH MASA DENGAN BIJAK !!!! Yeyyyy!! (Yeyyy itu trademark iffah taw)
Baca Selanjutnya...

Saturday, January 9, 2010

Cupcake Chocolate

Assalamualaikum wbt..

Semalam baru aje habis exam minitest. Minitest yang besar. Sesudah selesai exam, cepat2 saya dan abang balik rumah untuk siapkan tempahan cupcake chocolate dari seorang kawan. Katanya untuk dihadiahkan pada classmate, 50 orang.. Alhamdulillah, siap juga tepat pada masanya..

4 hari lepas, saya dan abang buat keputusan untuk pelbagaikan produk cupcake chocolate kami sebagai barangan cenderamata. Idea tercetus apabila seorang senior ingin membuat tempahan besar cupcake untuk dihadiahkan kepada committe2 beliau sebagai penghargaan sepanjang bekerja dengannya..

Sebelum ini pun, kami pernah dapat tempahan untuk membuat kek chocolate saiz besar dan tempahan cupcake chocolate untuk dibawa pulang sempena perayaan Aidiladha..

Berikut ialah jenis2 cupcake chocolate yang kami tawarkan. Harganya berpatutan dengan kadar kos bahan, kos masa dan kos tenaga yang dilaburkan. Sesuai untuk makan2 atau sebagai cenderamata.


Cupcake chocolate tanpa bungkusan - RM 1.00



Cupcake chocolate in plastic bag + tissue - RM1.10



Cupcake chocolate in cellophane cupcake bag - RM 1.20



Untuk tempahan, boleh hubungi kami - 013-6280583/4

Sekian, terima kasih.
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...