Tuesday, February 9, 2010

Oooo... Streptococcus pyogenes punya angkara rupanya!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini adalah hari kedua saya dan abang menduduki exam final blok3 year2 MBBS(Bachelor of Medecine & Bachelor of Surgery) ni. Ujiannya apabila sakit abang bertambah2 teruk. Demam makin menjadi2, sakit kepala, sakit2 badan, sakit tekak dan sebagainya yang kurang selesa. Hmm...ini bukan demam exam dah ni. Serius ni..

Since abang kata sakit tekak, abang pun mintak la saya tolong periksa tekaknya. Sah dah... jangkitan kuman di tonsil rupanya. Angkara si kenit Streptococcus pyogenes. Kuman yang sehalus mikro tapi berada di mana2 sahaj bersama kita. Mungkin ini geng2 yang nakal dan menjangkiti manusia. Hehehe. Anda semua boleh baca entry saya pada awal pembukaan blok ini tentang strep throat ni. Waktu tu, saya la yang dijangkitinya. He~ Klik di sini ye.

Selepas exam PBQ(problem based question) tadi, kami ke klinik uia utk ambil ubat..

Doc : Ye... nape datang ni?

Abang : Saya rasa saya sakit tekak.. rasanya strep throat..

Doc : Mane kamu tahu?.. ada buat swab & culture dah ke?.. (Doc buat muka serius)

Abang: (senyum dengan muka cuak. saya pun skali la)

Saya: (dalam hati: eh, tersilap diagnose ke aku ni?)

Doc: So, macam mana awak tahu strep throat?..

Abang: (teragak2 nak jawab. tapi, abang kata, dalam hati macam2 jawapan ada)

Doc: Cakaplah la sebab ia sangat common (sambil tersenyum2. puas hati la tu kenakan kami berdua. hehe)

Demikian la peristiwanya. Doktor tu siap buat soalan lagi nak kena prescribe ubat ape. Huhuhu. Petang tadi, saya drive bawa iffah nak ke rumah mak. Tinggal iffah kat sana kejap. Kalu tak, tak menjadi la rancangan nak pulun study. Jadi rancangan nyanyian kanak-kanak ribena kat umah ni nanti kalau ada iffah. He~

Kakak: Ape mu message aku tadi? (merujuk mesej saya bagitahu abang demam) Imran tu kena virus ape?

Saya: Dia kena bakteria la. Macam yang aku kena dulu.

Kakak: Oooo..rumak mu memang banyak bakteria tu yer.. (Hehehe...yang ni saya rasa lucu sangat sebab dakwaan kakak tu buat saya rasa umah saya ni tempat ternak Strep2 yang berbisa pulak. Hehe)

Khalil: Abang lang demam kenapa, kak Mut?

Saya: Mu ingat tak lagi aku ajar mu hafal nama Streptococcus pyogenes dulu? Ha, yang tu la kena kata abang lang. Sama macam aku dulu..

Khalil: Oo..abang lang berjangkit dengan mu ke?..(Hehehe...khalil ni pun lucu gak. Ai, terasa teruknya saya simpan kuman2 tu sampai dah lebih stgah tahun pun berjangkit lagi kat abang. Hehe...)

Memang seronok bila balik umah mak ayah. Macam2 gelagat orang ada. Happy je rasa balik sana, sembang2, gelak2, cerita2..Yang parah pun boleh jadi bahagia...Alhamdulillah, inilah baiti jannati....Ape pun, saya rasa bahagia sangat dapat mak, ayah and adik-beradik yang sangat mengambil berat tentang saya, suami dan anak saya...Saaayang you all semua!!!

Ok, nak makan malam plak dan juga buat latihan MCQ (multiple choice question)...


Wassalam.



Nota kaki:
*'aku'adalah kata ganti diri bagi 'saya' dalam keluarga kami. Masa kecik2, kalu sebut 'aku', kena cili laaaa mulut. Dah besar tak dah. hehe
*'mu' adalah kata ganti diri bagi 'awak'.. Maybe kitorang terikut2 ngan lorat Terengganu yg menggunakan 'aku mu' sbg ganti diri. Terasa mesra pula...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...