Sunday, February 7, 2010

Doakan Kami Berdua Lulus... Ameen Ya Rabb..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, kenyang rasa perut. Saya dan suami baru sahaja dinner makan burger Ramly. Mane la tak kenyangnye, 2bijik sorang. Huhuhu..

Esok kami exam final Blok3 Tahun2 MBBS ni..Mak saya kate, lepas exam, exam. Pening kepala mak agaknya sebab saya asyik bagitahu nak exam je. Memang la mak pelik, selang 4minggu, kami exam.

Blok ni adalah blok belajar tentang endocrine & urogenital system. Melayunya sistem hormone, kencing & kemaluan. Eh, yeke? Saya pun tak tahu nak translate. Tapi, yang pentingnya kami belajar tentang perbezaan jantina dan fungsinya, hormon2 dalam badan dan fungsinya, sistem penghasilan kencing, penyakit2 berkaitan dan rawatan yang disediakan untuknya.

Abang demam la plak. Badan abang panas and tak selesa sejak asar tadi. Kelenjar liur pun agak sakit. Hehehe, macam2 la. Bila nak exam memang orang sakit ye? Boleh baca kat blog zai tentang ni.

Alhamdulillah, saya sihat. Tak pernah lagi demam bila nak exam ni. Hmm...skali kot, itupun selepas minitest Blok1 Tahun1 and saya demam sebab 'bengkak susu', maklumlah baru bersalin time tu.

Yang biasa demam time kami nak exam ni, iffah la. Blok lepas n lepas n lepas pun dia demam. Memg ujian besar lah. Iyelah, nak tengok nota yang berdozen2 lagi, nak tengok n teman iffah lagi. Alhamdulillah, blok ni tak demam pula si comel iffah ni. Abahnya pulak datang mengganti tempat. Aissshh.... manisnya laaa kenangan berumahtangga. Kalakar plak pikir2. Hehehe..

Baiklah, harapan dari saya n suami n iffah untuk semua...

DOAKANLAH SEMOGA SAYA & SUAMI DIAMPUNI ALLAH,
DIBERI KELULUSAN DALAM EXAM FINAL INI, DILAPANGKAN HATI,
DIBERI ILHAM & PETUNJUK OLEH ALLAH SWT..

Semoga kalian diberkati Allah...Terima kasih yer...




Wassalam.

2 comments:

  1. salam ziarah akak..ehe..tak pasal2 saya dapat free promotion...
    apapun smoga dapat jawab dengan baik exam ne..

    mannajah fil imtihan! =)

    www.sayapedulisme.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. iye...utk awak jugak..
    blaja rajin2 n jadi wanita solehah,k...
    sejuk hati akak..he3...
    macam mak awak plak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...