Alhamdulillah aku dan suami lulus untuk Tahun pertama perubatan ini. Syukur, mungkin berkat doa ibu bapa dan rezeki si kecil iffah ni.
Namun, malam ini masih terasa diselubungi kesayuan..mendengar berita ramai sahabat2 sebatch yang terpaksa repeat 1st year medic. Terkejut. Lebih dari jangkaan.
Sedangkan sahabat2 semuanya y terpilih khusus untuk ke bidang perubatan. Namun, setiap insan lain2 ujian dan halangan yang ditempuhi. Dan pastilah ada yang tersasar. Pastinya bukan untuk Allah menzalimi hambaNya, namun untuk lebih mendekatkan diri padaNya.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?" (29:2)
Saat diuji memang buntu. Lebih2 lagi apabila hati tidak diikat pada majlis ilmu, pada amalan kerohanian dan pada sahabat yang soleh. Pernah dalam satu kuliahnya, ayah mengatakan. "Antara kesilapan besar orang yang bertaubat adalah tidak mengikat diri dengan majlis ilmu".
Memang aku akui, momentum perubahan sukar bertahan lama tanpa ingatan dari majlis2 ilmu. Sering terlalai tanpanya.
Terakhir, satu ayat al-Quran yang amat kusukai saat menagih simpati dari Tuhan.
"Wahai orang2 yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar" (2:153)
Moga2 sahabat sekalian tergolong dalam golongan orang2 yang sabar.
salam..tahniah buat mutmainnah dan imran..kakak dan abang long doakan semoga tercapai cita2 kalian untuk menjadi doktor yang beriman dan bertauliah..teruskan usaha kalian..buat mutmainnah, alhamdulillah, ada juga wakil dari family kita yang menjadi doktor..sejuk hati mak ayah..ok, keep it up..wslm wbt..
ReplyDeletesalam kak n abang long..terima kasih atas kata2 peransang tu. sayaaang kat mu n abnag long. doakanlah kami berdua slalu yer.
ReplyDelete