Tuesday, July 28, 2009

Bawalah Bekal KESABARAN

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah, jumaat malam sabtu ni aku, abang, iffah n classmate medic 2nd year akan ramai2 naik bus... Hm, nak gi mane ye?..

Nak gi bermusafir ke kelantan.. Takde yang lain dah la kalu budak2 uia ni ramai2 naik bus. nak ke kenduri pernikahan classmate kami, Wardah binti Roslan..

Tahniah yer wardah...Tak sangka awak nak nikah dah. Dalam diam gtu..hehe

Alhamdulillah, masuk wardah ni, dah 8 orang ahli Gen 6 persijilan Tahfiz Al-Quran DQ-IIUM mendirikan rumahtangga... Moga2 Allah beri keberkatan kepada kehidupan kite semua...

Mengharungi alam rumahtangga ni ibarat kite melangkah ke satu dunia baru.. Tak sesukar disangka, tapi tak semudah dijangka..

Benar pesan mak pada saat hampir pernikahanku dahulu..BEKALKAN DIRI DENGAN KESABARAN..

Awalnya memang agak sukar untuk memahami. akhirnya baru aku tersedar, banyak tanggungjawab dalam pernikahan ni. We have to become macam org dewasa dan matang.

Yer lah, ada suami untuk diberi perhatian dan tuntutan kepadanya, ada anak untuk dididik dan dipelihara, ada ramai saudara mara yang menuntut tanggungjawab kite padanya...tambah pula sekarang, masih belajar..

Apa pun, alhamdulillah masih survive dengan ketenangan dan kebahagiaan.. Sekalung n sejambak terima kasih buat abang yang baik sangat..dan sentiasa berlemah lembut penuh hikmah mendidik diri ini agarmenjadi isteri dan ibu yang solehah...

Moga Allah rahmati dan penuhi kehidupan mak dan ayahku serta mama dan babaku yang banyak berdoa untuk anak2 kalian ini...Saaaayang semua...

Untuk sahabat2 yang telah berkahwin n juga yang bakal berkahwin...Binalah rumahtangga dengan KESABARAN...

Wassalam.

1 comments:

  1. salam...
    ni 1st time jenguk blog anti. tahniah =)
    kagum ngan semangat isteri n ibu muda cam anti. all the besh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...