Tuesday, July 14, 2009

Iffah dah sihat !

Assalamualaikum wbt..


Ape khabar semua?..Iffah gembira sangat hari ni dan juga semalam..sebab iffah dah sihat dari demam..hampir seminggu iffah demam, kasihan pada ibu dan abah susah nak jaga iffah..eh, tak lah. Mane ada susah. Ibu kate iffah baik, takde buat perangai or nangis2 pun. Cumanya badan iffah yang sangat panas buatkan ibu dan abah risau tak habis2..

Selsema iffah pun dah hampir sembuh. Takde dah meleleh2 hingus iffah...Eiii, geli. Lagipun sakit hidung iffah asyik nak kena kesat je dengan tisu and sapu tangan. Alhamdulillah dah sihat..Terima kasih, Allah. Iffah bersyukur sangat..

Namun demikian, perjalanan kehidupan ini tak semudah yang dijangka. Entah makan ape pun tak tahu, iffah terkena diarrhea sikit. Yang masalahnya bukan diarrhea tu, tapi kat kulit buttock iffah ni...Jadi beruam plak sikit. Huhu. Nappy rash due to diarrhea...


Ibu cakap, bila najis iffah cair, ia akan bercampur dengan air kencing..Wah, campurannya tulah yang akan hasilkan ammonia yang berpH tinggi. Lepas tu, enzyme dalam najis tu pun jadi aktif dan merosakkan kulit2 iffah. Tambah plak, pampers yang basah boleh bergesel dengan kulit yang sakit tu..Tu la jadi merah2 tu. Pedih tau, tak boleh kena sabun...

Jadi ibu gunakan campuran air suam dan baking soda untukbagi iffah rasa lega semasa menukar pampers...Dah tak pedih.Hehe...Lepas tu, ibu keringkan kulit iffah..Abah pun beli cream nappy rash untuk iffah..Sekarang, dah baik dah..Tinggal sikit jer...

Alhamdulillah, banyak yang ibu abah boleh belajar dari diri iffah kan..Baru boleh jadi doktor yang bagus..Ada banyak pengalaman..Hehe..

Ni abah ke?..Hehe

Jumpa lagi semua, Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...