Tuesday, December 21, 2010

Contest Si Manjaku Comel

ssalamualaikum..

Baru2 ni saya ditag oleh Ibu Damia n Ummi Sofiya untuk join contest Si Manjaku Comel.. Sincesaya free skrg, saya pun join la contest ni..(^-^)...aci tak kalu letak dua gambar?..satu gambar Iffah, n satu lagi gambar Izzu...hehehe..

Contestnya seperti berikut yer..




Syarat-syaratnya:

1- jadi follower blog Masyimalo Heart nie..(dah follow)

2- anda mempunyai blog sendiri...(ini blog saya)

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik..(sedang buat ni)

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang...(dah)

5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...(dah)

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun...(ada 2 orang)

7. tag rakan2 anda 5 org...

saya nak tag...ummi syifa, ummu uwais, mama balqis, ummu auni, ummi wafiy

tarikh tutup:
25 December 2010 230pm


Ini 2 orang cahaya mata saya...

Nama: Izzul Islam bin Mohammad Imran
Umur: 3 minggu 4 hari


Nama: Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran
Umur: 2 tahun 4 bulan 4 hari
Baca Selanjutnya...

Thursday, December 16, 2010

Mak Sayang Kamu.. Saya Sayang Mak & Kakak..

Assalamualaikum wbt..

Saya baca2 upadate terkini di blog kawan2..hinggalah tiba di blog hasanah, sahabat saya sejak di DQ hingga ke IIUM Kuantan ni..

Hasanah punya entry tajuk "mak sayang kamu"..saya baca sajak nukilan hasanah..

Sangat terkesan di hati..susun kata2 hasanah pun sangat3 saya suka..hampir2 tak percaya hasanah yg nukilkan sajak ni...

Terima kasih ye, hasanah..sbb bagi saya copy sajak awak ni..


Kamu semua tak tahu

Mak sangat sayangkan kamu

Selalu risaukan kamu

Takut kalau kamu tak sempat solat berjemaah di masjid

Takut kalau kamu tidak solat di awal waktu

Tapi manalah kamu tahu hati mak

Kamu ingat mak berleter

Walhal mak ingin ingatkan kamu tentang tanggungjawab terbesar ini selagi dia masih bernyawa

Hinggakan dia risau siapa yang akan menggantikannya untuk mengingatkan anak-anak terunanya apabila dia meninggalkan dunia ini

Kerana katanya anak teruna bakal pemimpin keluarga

Sebenarnya mak risau takut kamu-kamu tak baca Quran, malas baca Quran, malas mencari ilmu agama

Bagaimana hendak mendidik cucu-cicitnya nanti

Ingatlah mak yang mengajar kamu mengenal huruf dan membaca Quran

Besarnya jasa mak pada kamu

Katanya tak guna belajar tinggi-tinggi tetapi jauh dari Tuhan, malas ke masjid

Hinggakan mak berpesan kepada kakak

Doakanlah untuk adik-adik supaya dekat dengan Tuhan

Tengok, betapa sayangnya mak pada kamu semua

Mak kata dia sentiasa memaafkan kesalahan-kesalahan anaknya

Tetapi dia risau jika Tuhan murka kepada anak-anaknya

Risau jika keberkatan hidup anak-anaknya akan hilang

Tetapi kamu semua kadang-kadang tak sedar

Kakak rasa beratnya tanggungjawab kerana mak seolah-olah memberi amanatnya kepada kakak

Harap kamu sedar betapa luas dan agungnya cinta mak

Sayangilah mak selagi masih bernyawa

Maafkan kami mak..

Semoga kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah


EMAK

Apabila baca sajak ni, saya teringat pada mak saya. Memang mak sangat sayangkan saya adik-beradik. Mak lahirkan kami 11 orang. Menurut mak, mak lahirkan kami semua susah2. Tak macam saya, senang sangat bersalin. Sakit sikit, anak kecik, cepat je jalan buka. Kasihan mak. Itu belum campur 3 kali mak gugur. Mak cakap, gugur sakit. Sbb kena cuci rahim rasanya. Simpati sgt kat mak..

Saya dah besar ni, mak dah makin berusia. Tapi, adik2 banyak lagi yg bersekolah. Ada lg 5 orang. Hm..setiap sorang ada aje karenahnya. Boleh tergeliat otak dibuatnya. Saya kadang2 geram juga kat adik2 sbb sukar nak disiplinkan mereka. Mak ayah pernah cakap, "Pandai2 la asuh adik2, umpama mak ayah dah takde di dunia ni". Berat sungguh rasanya tanggungjawab ni.

Dalam pada mak marah adik2 nakal, masih jelas kasih sayang mak. Pernah sekali saya dengar mak dgn lemah lembut pujuk sorang adik lelaki saya agar tolong mak buat sesuatu. Pelik betul saya pikir2, sbb masa tu saya tgh rasa tak puas hati kat adik. Saya bayang2kan, cuba letakkan diri saya sbg mak pada adik2, memglah saya akan buat seperti mak. Mak mane lah tak sayang anak. Buruk baik mereka, anak2 tetap anak. Oh, memg benarlah kasih ibu membawa ke syurga..Saya doakan mak bahagia dunia akhirat. Moga mak terus tabah hingga ke syurga kelak.

Pada waktu lain, mak ada tegur adik lelakilain sbb terlalu ikutkan kawan2. Adik merajuk. Mak kate kat saya, "Takpe, mak nak tegur sikit je". Kemudiannya, mak belikan adik makanan dan kerepek kesukaanya utk dibawa ke asrama. Mak kate, "Adik suke makan kerepek2 ni". Oh, lembutnya hati mak. Mak juga yg paling tahu kesukaan anak2.

Saya kecik2 dulu nakal juga. Maafkan kite ye, mak. Berkat doa mak ayah, kite sikit2 berubah cuba jadi budak baik. Sekarang, saya pula jadi seorang mak. Moga kasih sayang dan doa saya pada anak2 sesuci kasih sayang dan doa mak pada anak2 yg 11 orang ni.


KAKAK

Apabila baca sajak ni, saya juga teringatkan kakak sulong saya, panggil kakak je. Sebab pesan 'mak' dalam sajak tu utk seorang 'kakak'. Kakak sulong rasanya.

Kakak tinggal ngan mak. Jadi kakak la yg paling tahu ttg setiap kesusahan mak dan perkembangan adik2 di rumah. Kakak sgt matang. Berhikmah tegurannya pada adik2 macam saya. Tapi, yg nakal2 mcm yg lain2 tu, kakak memg tegas. Garang jugak la. Saya kecik2 dulu pun takut taw. Hehehe, sori yer kak.

Bila dah besar, saya hormat teguran2 kakak. Kakak pun pandai rai saya bila saya balik umah mak. Jadi, saya tak segan sangat la kalu ter'menyusahkan' org kat umah mak utk kms bilik bg saya tidur selesa n masak2 bagi saya makan.

Saya terharu baca sajak tu jugak, sbb 'kakak' dalam sajak tu sangat memahami mak yg sayangkan anak2. Macam kakak saya. Saya doakan kehidupan kakak bahagia dunia akhirat. Sbb kesedihan kakak juga menyedihkan saya.


Ini keluarga bahagia kami..Mak yg dalam bulatan biru..Kakak yg dalam bulatan merah..Sebelah mak, ayah..Sebelah ayah, suami saya..Sebelah suami saya, suami kakak..Yg lain2 semuanya adik beradik saya..



TQ, wassalam.

Baca Selanjutnya...

Thursday, December 9, 2010

KEM REMAJA UNGGUL 2010 (KRISTAL’10)

Assalamualaikum wbt..

Sekadar untuk promosi...(^-^)



Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) akan menganjurkan Kem Remaja Unggul 2010 (KRISTAL’10), bertemakan “Steps to Brighter Future/Langkah Menuju Masa Depan Yang Lebih Cerah“.

Program ini merupakan program motivasi yang diadakan khusus untuk para pelajar lepasan SPM/STAM/STPM. Secara keseluruhan fokus program ini kepada memperkenalkan peserta kepada dunia kampus dan sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke gerbang universiti. Program ini juga bertujuan membantu peserta mengenal pasti dan memilih kursus dan universiti yang sesuai dengan kehendak mereka. Hasil daripada program ini, kami berharap agar para peserta dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan membuat pilihan yang tepat dalam memilih kursus mereka di universiti nanti.

Berikut adalah maklumat terkini program:

Tarikh: 31 Dis 2010- 2 Jan 2011

Tempat: Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang

Sasaran: Pelajar lepasan SMA/SPM/STAM/STPM/ASASI

Had Penyertaan: 120 orang sahaja

Yuran: RM 30 bagi 30 Penyertaan Awal dan RM 50 bagi selebihnya

*Kami masih membuka ruang kepada mana – mana Badan NGO dan perseorangan yang berminat untuk menyumbang untuk program ini. Bagi maklumat lanjut mengenai sumbangan, sila hubungi saya, Muhammad Qayyum bin Halele di:

q_fathone@yahoo.com.my

+60105765334 (CELCOM)


Baca Selanjutnya...

Tuesday, December 7, 2010

Exam Datang Lagi...

Assalamualaikum wbt..

IAllah, saya dan suami bakal menduduki peperiksaan posting Paediatric minggu ni n minggu depan..

Clinical exam: Khamis (9 dis 2010)
Writing exam: Isnin (13 dis 2010)

Doakan kejayaan saya n suami beroleh kelulusan yer, sahabat2 sekalian..
Moga dengan doa kalian membuahkan kejayaan buat kami dan anak-anak...



Ameen...

Tq, wassalam.
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...