Thursday, April 15, 2010

Kisah Iffah: Sekeping Gambar, Seribu Makna..(Bhgn 2)

Assalamualaikum wbt..

Meh kite tengok lagi ape lah anak dara saya yang sorang ni buat lagi. Saje je saya ni nak habiskan masa, sambil tunggu abang study neuroanatomy dengan tekunnya. Hehe. Sejuk hati mama dan baba mengetahuinya kan. Rajin sungguh Yan mentelaah pelajaran. (Yan adalah panggilan manja untuk suami saya dalam keluarganya taw)



Gambar ni ibu snap time iffah sedang solat berjamaah bersama abah. Sejadah abah besar, sejadah iffah kecik, hadiah dari abah. Ni memang sejadah favourite iffah taw. Tiap kali solat, ibu mesti bentangkan untuk iffah. Alhamdulillah, iffah dah pandai solat dari takbir hingga bagi salam. Bacaan jer tak hafal lagi. Ibu kate, jadi makmum tak payah baca, imam je baca. Ye ke? Hehe



Eh, iffah solat tengok orang! Hehe. Sebenarnya, iffah nak bergaya ngan telekung baru iffah.Ce teka sape hadiahkan? Em, ibu? abah? sedare? kawan ibu abah? Hmmm..semua pun salah. Sebenarnya telekung ni hadiah dari pengasuh kesayangan iffah. Mak Mah namanya, sayaaang sangat Mak Mah kat iffah taw. Kat umah Mak Mah, iffah slalu rebut2 nak pakai telekung Kak Yah (cucu Mak Mah), jadi mak Mah belikan satu untuk iffah pakai kat rumah untuk solat. Terima kasih Mak Mah!




Waktu ni iffah nak ikut ibu ngan abah gi pantai. Nak main air. Jadi ibu bawa la pelampung untuk iffah mandi-manda. Hm, rupa-rupanya iffah ni takut air laut lah. Tapi, iffah tak takut pun kalau mandi kat kolam renang ke, kat dalam baldi ke, kat kolah ke. He~ Payung tu bawak sebab ikut pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'. Ha, faham kan?




Uikks, ni sape nih? Macam Queen Elizabeth jer gayanya. Comel tak saya? Huhu. Seenarnya gaun ni ibu beli khas untuk iffah pergi jamuan pelajar2 medic batch XII UIA. Ibu dan abah kesian tengok iffah, baju semua senteng-senteng aje. Sebabnya, iffah membesar jadi tinggi dengan cepat. Punya la susah ibu nak pilih baju ni kat kedai sebab terlupa nak ukur iffah tinggi setakat mana. Sesuai jugak akhirnya kan..




Gambar ni kat dalam kereta jugak. Time ni on the way nak balik kampung kat Dungun, umah tok ba dan tok ma. Iffah pinjam kopiah abah untuk bergaya, selasa dipakai terutama bila nak solat. Selalu la jugak iffah kebas kopiah abah ni waktu nak solat. Baju oren belang-belang ni plak hadiah dari Mak Cu Iman. Mak Cu skolah PASTI skang, jadi tak muat dah nak pakai baju ni. So, iffah jadi pewaris lah.




Last skali nih, gambar iffah bergaya dengan tudung baru ibu. Tudung ni nenek yang hadiahkan kat ibu. Tapi, ibu tak sempat nak alter lagi bagi sesuai dengan ibu. So, iffah ambik kesempatan lah nak try dulu. Wah, nampaknya macam sesuai aje ngan iffah. Ibu bagi iffah jela tudung ni ye? (ibu: hmm, berapa banyak ler barang orang jadi iffah punya skang?) He~



Ok, nak masuk tidur dah.
Till we meet again next time.
salam sayang untuk semua, wassalam.

2 comments:

  1. pandainya iffah solat jemaah....
    iffah, nak pinjam baju pink yg comei tu leh? hihi

    ReplyDelete
  2. iffah: amik la mak teh. tapi seksi la mak teh pakai. ketat dan singkat. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...