Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Ke-2..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi ramadhan kali ini..

Ramadhan ke-2 buat iffah mardhiyyah..

Yang pertama dahulu, hambar rasanya kedatangan ramadhan..sebulan tak berpuasa as waktu tu masih dalam pantang melahirkan iffah..

Moga aku masih berpeluang menggadakan segala ibadah yang kerugian dahulu. Ameen..

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua kaum keluarga dan sahabat2..

Baca Selanjutnya...

Tuesday, August 18, 2009

Bahagiakah kita, abang ?..

Assalamualaikum wbt..

Aku baru sahaja selesai menghabiskan tanpa tajwid & bertartil bacaan buku Satu Rasa Dua Hati karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Namun masih mampu memahami dan menghayati baris bicaranya.

Buku motivasi ini membicarakan persoalan mencipta cinta sepanjang kehidupan berumahtangga.

Pejam celik, pejam celik..terlalu banyak perkara yang telah berubah dan bertukar ganti..

Semalam..17 Ogos..iffah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama..tapi masih belum boleh berjalan lagi..em, manja anak daraku sorang ni..



Hari ini..18 Ogos..aku dan suami menyambut ulangtahun kedua perkahwinan kami..sebentar sahaja masa berlalu..


Namun..aku masih berfikir..bahagiakah kita sepanjang melayari bahtera rumahtangga ini, abang?..

Aku membaca bait2 tulisan Ustaz Pahrol.

Kebahagiaan itu pada ketenangan hati..dan ketenangan hati itu pada mengingati Penciptanya..

Mungkin abang patut mengembalikan soalan itu kepadaku..

Tenangkah hati sayang bersama abang?..Andai ya, bahagialah kita..

Dekatkah hati sayang dalam mengingati Pencipta kasih kita?..Andai ya, bahagialah kita..

Seharusnya air mata ini mengalir dalam menghisab diri sendiri yang penuh kekerdilan ini..seorang hamba yang merindu kasih Penciptanya..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Saturday, August 8, 2009

Akhirnya..

Assalamualaikum wbt..

Sejak dari nikah lagi, aku teringin sangat berbasikal dengan abang jalan2 tepi pantai di dungun.. Tentu seronok.. Tapi, tiba2 dah mengandungkan iffah. terbantut hasrat setahun..

Akhirnya, setelah nak masuk 2 tahun nikah, kira2 nak jadi dah la plan kami ni.. Kitorang bertiga pun siap2 lah nak bersiar2..

Aku berbasikal..syoknyee..

Abang naik motor dengan iffah..


Akhirnya..Dah takdir..baru 1km bergerak, hujan rintik2.. Hujan rintik2, air bergelombang, ibu bagi seposen, abah bagi seposen, iffah pegi pasar~ ...hehe...

Akhirnya... kitorang pun tukar plan..gi pasar minggu..jadi jalan-jalan cari makan plak..Rezeki..Alhamdulillah..

Akhirnya..wassalam.
Baca Selanjutnya...

Hepi Birthday !!!!!!!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Iffah doakan semuanya sihat dan gemuk2. Hehe.. Syifa' je yang tak gemuk2 lagi..

Ha, sape ye syifa' ni? Ni sepupu iffah. Dah umur 1 tahun pada 23hb Julai baru ni..Iffah muda ckiiiit saje dari syifa' sbb iffah lahir 17hb ogos ni... yey yey, dah nak dekat..

Tapi kan, malam ni kitorang dah sambut birthday same2.. meh same2 kite tgk gambar2 majlis birthday kami berdua..

Sedondon kan.. tapi syifa' nangis, dia tak sihat sangat tu..Jangan la nangis, syifa'..

Ehem2..betulkan topi, nak amik gambar ni..

Toki sampaikan hadiah untuk syifa'..dalam gambar ada ayah anjang, nenek & cik de..

Ni syifa', umminya & abinya..

Toki sampaikan hadiah untuk iffah plak..dalam gambar ada ibu, ayah su & mak cu..

Ni abah, ibu & iffah..sebelah tu acik..iffah marah sbb nak gi main..

Inilah nenek dan toki yang bahagia..hehe..blakang tu ayah andak..

Okey, nak tido dah..nanti iffah suh ibu type lagi yer..Aaaa, jangan lupa, birthday iffah 17hb Ogos iaitu sehari sebelum anniversary ibu & abah (18hb Ogos)..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, August 4, 2009

Islam yang Cantik vs H1N1..

Assalamualaikum wbt..

Gempar UIA Kuantan ni di landa simptom2 H1N1. Ye ke? Ye la..

Gempar sebab takut ke? Hehe, nilah yang bervariasi sungguh. Ada takut berjangkit H1N1, ada seronok dapat cuti, ada masam tak mahu cuti, ada hepi semacam dapat pakai mask (terasa macam real doc tau. hehe), ada insaf mengenang ingatan dari Tuhan...macam2 laaa...

Ape tanda2 H1N1 tu ye?

1) Demam
2) Batuk3) Sakit tekak



4) Sakit2 badan

5) Sakit kepala
6) Letih2

Eh, memang semua org yang slsema, demam, batuk tu kena H1N1 ke? Persoalan dari orang2 awam yang terkeliru.

Tidak2..jangan risau yer semua ibu2, bapa2, penjaga2 n kawan2.. Ini cuma tanda2nya sahaja.. Ape yang penting adalah, kite berjumpa doktor agar dapat disahkan samada benarkah VIRUS H1N1 yang menyebabkan demam or selsema or batuk kite tu??

Sebabnya, selsema, batuk n demam tu boleh juga disebabkan alahan, bakteria, penyakit2 lain dan juga virus2 lain.

Kalu bukan Influenza H1N1, alhamdulillah..Namun demikian, untuk langkah berjaga2 kite hendaklah tutup mulut apabila bersin dan batuk..Iyelah, mane kite tahu kot2 kite ada macam2 lagi virus lain yang merbahaya kepada orang disekitar..

Hm...bukan sukar sebenarnya tutup mulut apabila bersin. Dapat pahala tau.. Ye ke?

Iyelah, kan itu adab2 yang dianjurkan dalam Islam. Kite pun seharusnya ucapkan Alhamdulillah. Sebab ape?

Sebab..Allah dah bantu keluarkan virus2 or bakteria2 jahat dari tubuh kite melalui bersin dan batuk tu..InsyaAllah pancaran dari UV matahari boleh bunuh mereka..


"Wah,wah..cantiknya ciptaan Allah kan, ibu!", kata iffah mengakhiri perbualan ibu dan iffah. He~

"Bijak2"

Wassalam.
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...