Showing posts with label Celoteh iffah. Show all posts
Showing posts with label Celoteh iffah. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Update Iffah dan Izzu...

Assalamualaikum..

Lately, saya memg malas betul nak update blog ni...baca blog2 org aje...

Izzu skrang dah 3 bulan 2minggu... Alhamdulillah masih mampu exclusively breastfeed izzu... Seronok betul tengok badan baby kite naik hasil susuan dari keringat sendiri menyediakan EBM dsbnya... Moga Allah ganjari..

Izzu lahir dulu 2.86kg...
Umur 1 bulan 4.15kg..
Umur 2 bulan 5.4 kg..
Umur 3 bulan 6.6 kg...

Setakat ni tak pernah kurang sekilo naik badannya tiap2 bulan... Takpe2, jgn risau, iAlah tak obese pun...Allah kan Maha Kaya, cukup2 je nutrient dalam susu ibu tu untuk keperluan baby kite...

Oke...ni gambo2 izzu...

Ni izzu yng baru je lahir...kurus aje masa ni...posisi faveret dia tido adalah mengiring...
slalu gak tergolek..bahaya tuu..




Waktu ni baru masuk 1bulan...makin tembam sikit pipinya...mane la tak naik 1kg lebih badan izzu, hisap susu sejam sekali...naik risau saya susu badan tak cukup...alhamdulillah, dgn keyakinan terhadap positif feedback pghasilan susu dan doa, maintain je penghasilan susu...



Masuk 2 bulan, izzu dah dibotakkan oleh abah...makin hensem kan...hehe...
tubuh pun dah berisi..




Ni photo2 izzu yg agak latest, 3 bulan usianya...
izzu sangat suka tengok benda pusing2...macam mainan n kipas....
senyum pun memanjang je..asal tegur je, senyum...tak ubah macam abahnya...




Emm...melihat izzu yg masih bayi ni, saya teringat saat iffah masih bayi juga...jadi upload gambar iffah juga la...comey betul anak sulong ibu ni masa baby dulu2..lucu telatahnya..rindu saat tu...saayang iffah slalu...



Iffah wajahnya berubah2 sejak lahir sampai la skrg ni...tembam jugak masa kecik2 dulu...sayangnya tak exclusive breastfeed wpun saya masih buat stok EBM untuk iffah dulu...sbb ilmu n wang tak cukup..hehe



Kini, iffah dah dewasa...huhuhu...sblm izzu lhr, nampak macam baby lg...tp bila dapat adik, trus nampak mature iffah ni..iffah syg sangat izzu...sampai dah macam kena buli izzu dibuatnya kan...hehehe



Iffah jadi anak yg soleh...kakak yg soleh...letih2 tertido penat jaga adik izzu kan...iffah plg rajin buaikan izzu tido n tlg pgng pili paip bila mandikan izzu...




Kalau dulu, kami ke hospital bertiga...tapi kini dah berempat...masing2 ada pasangan...hehe...iffah bgn pagi masih lewat macam dulu, jalan pun mamai2...izzu plak awal2 pagi dah bangun, bsmgt nak jd pemuda yg sentiasa ke masjid la tu...ameen...


Bila dah jadi student yg juga ibu anak dua ni, lain plak pengalamannya...rasa ringan sikit tgjwb, myb sbb dah ada pengalaman...namun, still mencabar...kdag2 tu mudah juga saya panas hati...

Tapi iffah ni manis mulut betul: "ibu...ibu jangan marah yer"...cair la hati saya sambil tersenyum dan mengucup dahinya...

Izzu pun pandai jugak: senyuuuuum je memanjang sambil menjeling2 ibu...kekadang, naik segan saya bila izzu tenung lama2 gitu...hehehe...macam la ibu ni lawa sgt...


Ok...hingga ketemu lagi.

Wassalam



Ps: Kami baru habis exam posting Surgery...doakan kami lulus yer...skang tgh cuti seminggu...^-^
Baca Selanjutnya...

Friday, October 29, 2010

MMS untuk Toki !

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ulangtahun kelahiran toki.. Ibu MMS toki untuk bagi ucapan.. Tapi, asyik fail aje..Apesal ntah..

Jadi, iffah MMS toki kat sini jelah ye..


Assalamualaikum toki.(^-^)..kenal sy x?..sy ni cucu toki y comel dan soleh..ce toki teka.hi3..



Ha,btuul..sy iffah mardhiyyah..toki memg bijak mcm sy.(^-^)..ini gambar sy dgn ibu n abah.(^-^)



Kami ber3 nak ucapkan slmt hr ry haji kat toki n nenek..eh, silap2..nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke49 kat toki..moga toki bahagia dunia akhirat bersama nenek n kami semua.(^-^).ameen..

OK..tata semua..wassalam.
Baca Selanjutnya...

Sunday, June 20, 2010

"CUTE LIL MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST"

Assalamualaikum wbt..

Dah sebulan lebih kot tak update ape2 pun kat blog ni..
Bukan takde idea nak tulis, tapi banyak benar alasan boleh buat untuk jadikan sebab tak update..
Pas exam hari tu, berjalan aje kami 3 orang ni.. saya, abang n iffah..
Kami pergi menziarahi sanak saudara sambil melancong..huhuhu

Okeh2, dah lari tajuk..Tengah2 baca perkembangan kawan2 dari blog mereka, jumpa laa pasal contest sempena birthday Damia yang pertama..
So, nak try participate lah ni..kot2 ler ada tuah dapat hadiah..heheheh

Ini Damia, walidnya ialah penganjur contest ini..


Ini kate2 dari Damia:

Hai kawan2..nama saye Damia' Rujhaa binti Ahmad Zainol Arifin.. Mia dilahirkan pada 20 Julai 2009 di Kuantan.. tak lama lagi birthday Mia.. haa..ajak laa ibu ayah kawan2 datang rumah Mia nanti... ni birthday pertama Mia..haaa sempena birthday Mia ni, walid Mia buatla contest ni..nak kumpul2kan kawan2 Mia kat luar sana.. haa..ape lg kawan2.. jom la..mintak ibu ayah kawan2 snap gambar kawan2 yang paaaaaling cute skali... walid cakap ade hadiah menarik menanti kawan2..tak dapat datang umah Mia pun takpe.. nanti Mia suruh walid post hadiah tu kat kawan2..hihi... =p walid cakap, cara nak sertai contest ni mudah je kawan2.. ok meh Mia nak terangkan satu2...

Sila klik disini ye..



Ini Iffah, peserta contest ini...hehe



Saya Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran.. Sekarang, umur saya 1 tahun 10 bulan..Saya dilahirkan pada 17 Ogos 2008.. Gambar ini diambil sewaktu saya berusia 8 bulan..Waktu ini saya very chubby..Tapi sekarang, dah slim..Hehe..Semoga hati kawan2 semua senang dengan senyum manis saya yer

Baca Selanjutnya...

Thursday, April 15, 2010

Kisah Iffah: Sekeping Gambar, Seribu Makna..(Bhgn 2)

Assalamualaikum wbt..

Meh kite tengok lagi ape lah anak dara saya yang sorang ni buat lagi. Saje je saya ni nak habiskan masa, sambil tunggu abang study neuroanatomy dengan tekunnya. Hehe. Sejuk hati mama dan baba mengetahuinya kan. Rajin sungguh Yan mentelaah pelajaran. (Yan adalah panggilan manja untuk suami saya dalam keluarganya taw)



Gambar ni ibu snap time iffah sedang solat berjamaah bersama abah. Sejadah abah besar, sejadah iffah kecik, hadiah dari abah. Ni memang sejadah favourite iffah taw. Tiap kali solat, ibu mesti bentangkan untuk iffah. Alhamdulillah, iffah dah pandai solat dari takbir hingga bagi salam. Bacaan jer tak hafal lagi. Ibu kate, jadi makmum tak payah baca, imam je baca. Ye ke? Hehe



Eh, iffah solat tengok orang! Hehe. Sebenarnya, iffah nak bergaya ngan telekung baru iffah.Ce teka sape hadiahkan? Em, ibu? abah? sedare? kawan ibu abah? Hmmm..semua pun salah. Sebenarnya telekung ni hadiah dari pengasuh kesayangan iffah. Mak Mah namanya, sayaaang sangat Mak Mah kat iffah taw. Kat umah Mak Mah, iffah slalu rebut2 nak pakai telekung Kak Yah (cucu Mak Mah), jadi mak Mah belikan satu untuk iffah pakai kat rumah untuk solat. Terima kasih Mak Mah!




Waktu ni iffah nak ikut ibu ngan abah gi pantai. Nak main air. Jadi ibu bawa la pelampung untuk iffah mandi-manda. Hm, rupa-rupanya iffah ni takut air laut lah. Tapi, iffah tak takut pun kalau mandi kat kolam renang ke, kat dalam baldi ke, kat kolah ke. He~ Payung tu bawak sebab ikut pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'. Ha, faham kan?




Uikks, ni sape nih? Macam Queen Elizabeth jer gayanya. Comel tak saya? Huhu. Seenarnya gaun ni ibu beli khas untuk iffah pergi jamuan pelajar2 medic batch XII UIA. Ibu dan abah kesian tengok iffah, baju semua senteng-senteng aje. Sebabnya, iffah membesar jadi tinggi dengan cepat. Punya la susah ibu nak pilih baju ni kat kedai sebab terlupa nak ukur iffah tinggi setakat mana. Sesuai jugak akhirnya kan..




Gambar ni kat dalam kereta jugak. Time ni on the way nak balik kampung kat Dungun, umah tok ba dan tok ma. Iffah pinjam kopiah abah untuk bergaya, selasa dipakai terutama bila nak solat. Selalu la jugak iffah kebas kopiah abah ni waktu nak solat. Baju oren belang-belang ni plak hadiah dari Mak Cu Iman. Mak Cu skolah PASTI skang, jadi tak muat dah nak pakai baju ni. So, iffah jadi pewaris lah.




Last skali nih, gambar iffah bergaya dengan tudung baru ibu. Tudung ni nenek yang hadiahkan kat ibu. Tapi, ibu tak sempat nak alter lagi bagi sesuai dengan ibu. So, iffah ambik kesempatan lah nak try dulu. Wah, nampaknya macam sesuai aje ngan iffah. Ibu bagi iffah jela tudung ni ye? (ibu: hmm, berapa banyak ler barang orang jadi iffah punya skang?) He~



Ok, nak masuk tidur dah.
Till we meet again next time.
salam sayang untuk semua, wassalam.
Baca Selanjutnya...

Friday, April 9, 2010

Kisah Iffah: Sekeping Gambar, Seribu Makna..(Bhgn 1)

Assalamualaikum wbt..

Lamakan saya tak post khabar khas tentang iffah.Kini, iffah semakin dewasa. (Ye ke dah dewasa??huhu). Iffah dah berusia hampir 1 tahun 8 bulan @ 20 bulan. Oh, macam dah tua tengok no. 20 tu kan.. Di sini ada banyak foto2 tentang iffah yg sihat, bijak dan lasak ni..



Ini iffah sewaktu di rumah mak ngah aisyah. Iffah pakai baju syifa'. Pinjam je, sbb lawa baju syifa' nih. Kasut iffah pakai tu pun pinjam. Hehe. Kak Arina sepupu iffah punya. Cantik kasut tu. Ibu berkenan sangat. Tapi tak jumpa2 lagi kasut gitu nak beli untuk iffah..



Waktu ni iffah sedang bermain kat kaki ibu. Dalam kereta. Nak gi hantar mak de fizah balik belajar kat New Zealand. kami gi KLIA ramai2. Seronok gi jalan2 ngan tok ba. Sebab tok ba suka belanja kitorang. Baik hati sangat. Hehehe. Kena pau dek abah.



Ha, yang naik moto ngan iffah ni syifa', sepupu iffah. Kami lahir dekat2. Syifa' tua tak sampai sebulan pun dari iffah. Syifa' skang dah tembam sebab dia hepi ada adik baru nama najwa. Iffah kurus sbb sedih takde adik lagi. Hehe. Tapi, iffah tinggi macam abah. Dah kalah dah syifa' taw.



Sejak dah dewasa ni, iffah rindu lah nak jadi baby semula. Boleh manja2 selalu, semua orang dukung. Bila dah rindu sangat nak jadi kecik, iffah pun buat2 la merangkak2. Padahal bole je nak jalan pun. Wah, hepi betul jadi baby nih..



Yang ni pulak time iffah jadi model tudung mak long mukminah. Iffah paling suke pakai tudung mak long bila balik umah toki ngan nenek. Iffah pinjam aje, lawa kan. Labuh boleh buat semayang terus plus tutup aurat.


Ok, setakat ni dulu kisah-kisah kehidupan iffah. Moga membesar menjadi wanita yang solehah. Bila ada peluang, saya sambung,k..

Wassalam.

Baca Selanjutnya...

Thursday, January 28, 2010

Seronoknyee Balik Dungun..

From: Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Terutamanya kepada Toki, Nenek, Mak Cu dan Cik Dik sayang.. Oh, yang lain2 jangan nangis yer iffah tak sebut nama. Okey laa, iffah tulis la semua. Untuk mak long, ayah long, syifa', najwa, ayah ngah, achik, ayah teh, ayah anjang, cik de, ayah su n semuaaaaaaaaaa lah. Eh, ada lagi... mak teh, ayah teh, mak su, ayah long lokman, mak long asma, ayah lang, mak ngah, ayah ngah, kak areena...fuhh, masih banyak yang tak sebut nih...bertuahnya iffah ada ramai sedare mare kan...oh, bahagianyaa..

Ok..iffah nak cerita pengalaman pulang ke kampung abah hujung minggu lepas. Jumpa tok ma, tok ba dan mak de fizah..Sungguh seronok..

Di pagi sabtu, iffah bersama ibu dan abah sama2 belah kelapa madu muda. Amik air kelapa dan isinya yang sungguh lemak serta lembut..Nyum3, sedapnya air kelapa. Iffah minum byak sgt.. Tapi, takde gambar plak..

Lepas makan tghari, iffah tak leh duk diam dalam umah. So, iffah ajak lah ibu main2 kat tanah. Nak tengok pokok2 tok ma n to ba yang cantik2 kat keliling umah..Yang sebenarnya, iffah nak main pakai selipar jepun besar..Hohoho, sampai atas umah pun masih nak pakai selipar lagi..Habis iffah petik daun n bunga2 tok ma yang cantik dan wangi..hehehe..


Caaak...cuba tengok slipar jepun yg besar dan matching dgn baju iffah tu..hehe


Petangnya lpas bangun tidur, iffah makan kepok lekor goreng..Sodap tau..tok ba beli kat kedai..Nyum2...Terengganu is truly Malaysia..Acu cuba try mari teranung gok..he~

Pas dah kenyang, ibu ngan abah bawak iffah gi pantai Sura. Wah..kuatnya angin dan ombak.. Iffah cam takut plak, terpinga2 tengok pemandangan yang menakjubkan ini.. Ibu dan abah ajar iffah main pasir, kutip kerang.. Tapi tak sempat nak pegang air laut...dah hujan...


Sebaik tiba di pantai...iffah berwajah muram dan terpinga2..



Termenung mengenang nasib diri yang masih tak ber'adik' lagi..hehe


Okeh, ce teka ape kitorang buat malam tu???...Jeng3....yey, yey...tok ba nak belanja makan malam kat 'Mama Chop, Papa Grill', restoran masakan western milik melayu...ini adalah hasil pujukan abah supaya tok ba belanja kami yang tak berduit nih...hehehe..pegi2, tengok2 tutup.. waaa, iffah lapaaaar...


Tok ma cakap, iffah kecik jer di celah-celah ibu dan abah..


Ibu bersama mak de fizah yang comey..


Tok Ma, abah ngan mak de pun kate, "baba belanja makan kat hotel UITM lah"...hehe, dapat pun makan akhirnya...sebenarnya, tok ma dan tok ba iffah keje sbg pensyarah kat uitm..tok ma rajin blaja, tahun lepas tok ma bru je grade amik PhD math..nenek iffah pun rajin gak blaja, tahun ni grade blaja Diploma Pengajian Islam & Politik Islam (ntah betul ke tak ni???)..

OK, sekian dulu berita terkini dari iffah comey...Tata semua...Muaah, sayang semua..
Baca Selanjutnya...

Saturday, December 12, 2009

Saya dibuli oleh Ibu....

Assalamualaikum wbt.

Ibu dan abah kena belajar sungguh2 bermula dari blok ni. Sebab ibu dan abah akan ada 1st Professional Exam pada bulan 5 nanti. Ibu kate, 2 tahun belajar sekali exam jer. Iffah harap ibu dan abah rajinlah mengulangkaji pelajaran yer. He3, bagi nasihat plak..

Maybe untuk hilangkan tension, ibu telah merakam gambar2 iffah dibuli. Emm, ye ke? Takde la. Iffah ni yg nak sangat pakai telekung macam ibu, jadi ibu ambiklah gambar iffah buat kenangan. Senang hati melihatnya. Ibu kate, budak nakal ni bijak tau. Ameen. He3~





Ibu: Moga iffah jadi anak yang solehah dan membantu ibu abah study. Bila iffah nakal sangat, tension ibu tau. Tapi saaayang iffah selalu..Nanti ibu beli telekung kanak2 untuk iffah solat,k..





Tata semua..See you next time..Wassalam
Baca Selanjutnya...

Saturday, December 5, 2009

Kegemaran Saya!!

Assalamualaikum wbt semua!

Hari ini iffah mahu bercerita tentang perkara-perkara yang iffah gemar lakukan di waktu lapang. ibu bagitahu, waktu lapang ni perlu diisi dengan hal-hal yang bermanafaat. Lagipun, iffah sedang membesar dan perlu belajar banyak perkara supaya suatu hari nati, iffah akan
menjadi wanita yang solehah. Ameen.

Bila iffah bangun tidur, iffah akan tengok keliling cari ibu dan abah. Kalau takde, iffah cari lah handset ibu atau abah. Bukan ape, nak telefon ibu suruh ambik iffah ni. Nak minum susu. "Minum susu, iffah jadi sihat dan kuat!! Hehehe". Call punya call, tak dapat. Iffah pun jerit kuat2, "Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!". Ibu pun berlari2 datang. Huhu.

Oh, sila jangan salah faham. Kegemaran iffah bukanlah suka menangis (sebenarnya ye, menangis nak manja. hehe. tension ibu). Tapi, sebenarnya, kegemaran iffah ialah suke tepon abah dan kawan2. Ramah tau iffah ni. Sila tengok gambar2 iffah di bawah.






Selain tu, iffah juga suka dengar lagu. Biasanya ibu bagi dengar lagu nasyid album kanak2 macam "sayang Allah, sayang Islam". Tapi kadang2, ibu bagi dengar lagu "Awimbawe". Mak cu iffah masa kcik2 dulu pun suka jugak dengar lagu tu. Nenek pun suke jugak. Hehehe. Ha, meh tengok betapa seronoknye iffah dengar lagu "Awimbawe".


Ibu pesan, "Dunia2 jugak, akhirat jangan lupa!!". Jadi, iffah sentiasa luangkan masa untuk bersolat. Moga2 Allah ampunkan ibu dan abah selalu, iffah takpe, ibu kate budak kecik takde dosa lagi. Iffah saaaynag ibu abah. Nenek, toki, tok ma, tok ba dll jugak, moga Allah ampunkan dosa2 mereka. Ameen.





Okey, jumpa lagi semua lain kali. Tata titi tutu. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Saturday, October 31, 2009

Subhanallah !

Assalamualaikum wbt..

Memang benarlah ibu bapa sebagai pencorak jiwa dan diri anak-anak..

Cuba tengok ape yang iffah suke buat sekarang pada usia baru 1 tahun 2 bulan..

1) Iffah suke solat macam ibu dan abah..walaupun hanya tahu bertakbir dan sujud, she still bersujud pada penciptaNya..sejuk hati ibu..iffah sujud pandang tepi, takut lemas agaknye.hehe..


2) Setiap kali melihat ibu memakai telekung, iffah pasti akan segera mengambilkan sejadah untuk ibu bersolat..time kacih iffah...


3) Membaca majalah memang kegemaran iffah...waah, seronoknyee..


4) Selain itu, iffah suke tolong ibu dan abah ulangkaji pelajaran...hahaha, kini iffah lebih master berbanding ibu dan abah bab medic ni..


5) Opss..tak lupa juga...iffah pandai bertilawah Al-Quran tau....aaaaaaa...itu aje bunyinye...tak cukup bertajwid dan bermakhraj kata abah..hehe

6) Iffah skang pun dah tahu peraturan kluar rumah untuk wanita islam..ye ke iffah tahu??..Tapi...bila nampak ibu nak bersiap, iffah akan hulur jubah, tudung, stoking, stongan and skaf kepada ibu...seronok sangat dia...


7) Iffah pun suke tengok video lagu 'sayang allah dan sayang islam'...emmm, syoknyee, pantang jumpa laptop...


Apabila diinsafi tentang diri ini, terasalah betapa kurangnya kekuatan dan kemampuan untuk mendidik iffah hingga dewasa..

Moga2 anak ibu dan abah ni membesar menjadi muslimah solehah...yang baik dari ibu dan abah moga jadi sebahagian dari iffah...yang tak baik tu, iffah jadikan tauladan, k...mohon doa dari uncle2 and auntie2 sekalian ye...

Iffah: Caaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang semua !

p/s: Kalau you all perasan, majalah and buku yang iffah baca tu, dua2 terbalik.hehehe...
Baca Selanjutnya...

Friday, October 30, 2009

Iffahku Saayang..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, ketemu juga masa untuk menulis sedikit tentang perkembangan2 iffah yang menarik..

But the real problem is, iffah lg suka main kamera daripada kamera amik gambar dia..how hard it is to shot a nice angle of hers..hmm..

Most recent news is that iffah now is longer merangkak tau..alhamdulillah, with much usaha and tamrin kat umah mak by her uncle and auntie, iffah akhirnya manage to walk on her own..clap clap clap...TAHNIAH IFFAH! hehe..dalam usia 1 tahun 1 bulan lebih berjalan jua akhirnya si tomey ibu ni yer...

Dakpe2...skang dah nak masuk 3 minggu iffah dah tak merangkak...

Ok, let's watch rakaman iffah berjalan..

Baca Selanjutnya...

Saturday, August 8, 2009

Hepi Birthday !!!!!!!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Iffah doakan semuanya sihat dan gemuk2. Hehe.. Syifa' je yang tak gemuk2 lagi..

Ha, sape ye syifa' ni? Ni sepupu iffah. Dah umur 1 tahun pada 23hb Julai baru ni..Iffah muda ckiiiit saje dari syifa' sbb iffah lahir 17hb ogos ni... yey yey, dah nak dekat..

Tapi kan, malam ni kitorang dah sambut birthday same2.. meh same2 kite tgk gambar2 majlis birthday kami berdua..

Sedondon kan.. tapi syifa' nangis, dia tak sihat sangat tu..Jangan la nangis, syifa'..

Ehem2..betulkan topi, nak amik gambar ni..

Toki sampaikan hadiah untuk syifa'..dalam gambar ada ayah anjang, nenek & cik de..

Ni syifa', umminya & abinya..

Toki sampaikan hadiah untuk iffah plak..dalam gambar ada ibu, ayah su & mak cu..

Ni abah, ibu & iffah..sebelah tu acik..iffah marah sbb nak gi main..

Inilah nenek dan toki yang bahagia..hehe..blakang tu ayah andak..

Okey, nak tido dah..nanti iffah suh ibu type lagi yer..Aaaa, jangan lupa, birthday iffah 17hb Ogos iaitu sehari sebelum anniversary ibu & abah (18hb Ogos)..

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 22, 2009

Buku Oh Buku...

Assalamualaikum wbt..

Post ni iffah dedicatekan KHAS untuk syifa'...Nak tahu ape?...Iffah nak tunjuk koleksi buku2 iffah...hehe, bukan nak menunjuk2 or riya'...Tapi nak berkongsi.Nanti bole la syifa' beli buku byk2 jugak yer. Kite baca same2 ye nanti, syifa'...


Ini buku 1st iffah...dah sebulan lebih da beli..


Yang tiga lagi ni, abah baru beli semalam...Sukenya...


Doakan iffah cepat pandai membaca, mengira, baca Quran and jadi anak solehah yer...Tata..

Wassalam.

Baca Selanjutnya...

Monday, July 20, 2009

Iffah Bergambar..

Assalamualaikum wbt..

Minggu lepas, iffah asyik ikut ibu dan abah berjalan jer...jadi alang2 tu, bergambar la... tudung ni auntie syikin denan bagi, kawan ibu...time kasih yer auntie..

Iffah...pandang kamera..


Hmm...ni lah dia iffah yang rajin baca buku...buat tak layan jer kat ibu..


Okeh...pandang pun akhirnyee...smile..
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...