Wednesday, December 16, 2009

Pemergian Yang Menyentak

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya ke kelas seperti biasa semalam. Ya, rutin harian yang biasa. Namun, sesuatu benar2 menyentak naluri saya sebagai seorang manusia biasa, seorang ibu jua seorang hambaNya. Berita tentang kematian 'Ukasyah Ibn Hafiz benar2 membuatkan saya terpaku seketika.

"Benarkah apa yg didengari? Tak mungkinlah, 'Ukasyah sihat2 sahaja. Baru sahaja aku layari blog ibunya mengikuti perkembangan 'Ukasyah."

Air mata bergenang2. Berfikir, berfikir dan berfikir. Seolah2nya saya yang tidak mampu menerima kenyataan yang tiba2 menjengah. Saya hampir tidak menumpukan perhatian kepada lecture2 dalam class hari itu.

Waktu rehat, saya mencari abang. "Abang, sayang seperti tak percaya Ukasyah dah takde. Sayang nak menangislah abang". Saya ulang berkali2 pada abang. Dalam kelas, saya juga mesej abang. Air mata terbendung, tak mampu ditumpahkan saat di khalayak ramai ini.

Pulang sahaja dari class, air mata berhamburan sepanjang perjalanan. Tiba di rumah, saya segera ke bilik study, mencapai laptop dan mencari blog ummi 'Ukasyah. Saat menatap wajah comel 'Ukasyah yang cuma 3 bulan setengah buatkan sekali lagi air mata menitis laju.

Saya tidak tahu kenapa saya menangis. Saya hanya mengenali Kak Mawaddah, Hafiz dan 'Ukasyah dari blog. Tak pernah sekali bersua atau berkenal rapat. Mungkin kerana saya seorang ibu, terasa sungguh beratnya akan kehilangan seorang cahaya mata yang dikandung, dilahirkan, dijaga, dibelai dan disayangi sepenuh hati.

Apa yang paling pasti, pemergian ini membuatkan saya benar2 sedar bahawa saya perlu ikhlas menyayangi dan mendidik anak amanah dari Allah. Dia punya haq atas amanah besar ini. Apabila memandang iffah, saya sangat bersyukur kerana Allah memberi rezeki untuk Iffah bersama2 saya hingga kini, membesar dengan sihat dan pintar.

Saya harus benar2 menghargai masa2 yang Allah berikan buat saya untuk menatap wajah2 insan yang saya sayang. Kejutan dari berita ini membuatkan saya tidak senang tidur. Tiap kali terjaga dari tidur apabila iffah merengek2 meminta disusukan, segalanya kembali mengimbau. Saya peluk iffah, seolah2 saya merasa trauma tentang kehilangan sesuatu.

Saya juga yakin bahawa tentu emak dan ayah sangat menyayangi saya dan adik-beradik yang lain. Membesarkan kami dengan kasih-sayang dan pengorbanan. Moga allah rahmati kasih emak dan ayah. Hanya Allah yang mampu menganjari.

Ketika bercakap dengan kakak tentang kesedihan saya, kakak mencadangkan saya membaca tulisan di blog kak Dijah, isteri ust Ramadhan Fitri. Alhamdulillah, sangat2 memberi kekuatan dan keinsafan membaca tulisan beliau. Saya sungguh kagum akan kekuatan beliau dan suami. Moga Allah memberi kekuatan yang sama buat kak Mawaddah & Hafiz. Takziah saya ucapkan.



“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23
Baca Selanjutnya...

Sunday, December 13, 2009

Rehlah Bersama Anak-anak Ku..

Assalamualaikum wbt.

"INDAHNYA KEHIDUPAN INI ANDAINYA IA UNTUK ISLAM"

Ungkapan ini mungkin bukanlah yang paling indah untuk menggambarkan matlamat sebenar kehidupan ini. Namun, masih mampu untuk kita memahami bahawakehidupan ini bukanlah sekadar beribadah khusus semata2, bahkan sebagai seorang khalifah. Dalam ungkapan jelasnya adalah JIHAD.

Wah, bunyinya seakan2 besar sekali tanggungjawab sebagai hamba ini. Sudah tentulah, namun, sejauh mana kita memahami dan mengetahui jalan yang terbaik melaksanakan tuntutan itulah yang akan menjadi kayu ukur ringan atau beratnya ia untuk kita.

Kita masing-masing punyai penjuru & sisi yang perlu dijaga. Jadi jagailah ia sebaik mungkin.

Baiklah..bersempena membincangkan tajuk berjuang fi sabilillah ini, saya dan anak2 usrah telah berehlah ke Teluk Cempedak pagi tadi. Berpagi2 melihat kebesaran Allah, menikmati rezeki Allah, meraikan ukhuwwah fillah, berbicara tentangNya dan menginsafi diri sebagi hambaNya.


Waktu pagi di TC



Anak-anak usrah saya
Belakang dari kiri: Yana, Dayah, Syaheeda, Hans, Fatimah (co-naqibah), saya, Jawahir & Sarah.
Depan sorang2: Nani.


Ni sarapan kami. Sodap ni tau. Sandwich Ummu Iffah & Pulut Hitam Island

Di akhir rehlah, mereka telah buat satu surprise untuk mak2 mereka ni. Menyanyikan sebuah lagu yang indah. Oh, terharu. (Walaupun tempo dan pitching mereka berterabur. Huhu). Sayang kat adik2 semua. Semoga kita terus thabat di jalan Allah.


Baca Selanjutnya...

Saturday, December 12, 2009

Saya dibuli oleh Ibu....

Assalamualaikum wbt.

Ibu dan abah kena belajar sungguh2 bermula dari blok ni. Sebab ibu dan abah akan ada 1st Professional Exam pada bulan 5 nanti. Ibu kate, 2 tahun belajar sekali exam jer. Iffah harap ibu dan abah rajinlah mengulangkaji pelajaran yer. He3, bagi nasihat plak..

Maybe untuk hilangkan tension, ibu telah merakam gambar2 iffah dibuli. Emm, ye ke? Takde la. Iffah ni yg nak sangat pakai telekung macam ibu, jadi ibu ambiklah gambar iffah buat kenangan. Senang hati melihatnya. Ibu kate, budak nakal ni bijak tau. Ameen. He3~



video


Ibu: Moga iffah jadi anak yang solehah dan membantu ibu abah study. Bila iffah nakal sangat, tension ibu tau. Tapi saaayang iffah selalu..Nanti ibu beli telekung kanak2 untuk iffah solat,k..


video


Tata semua..See you next time..Wassalam
Baca Selanjutnya...

Monday, December 7, 2009

Azam Baru!!

Assalamualaikum wbt.

Hari ini adalah hari pertama class untuk block3 year3 MBBS(Bachelor of Medicine & Bachelor of surgery) ni. Fuh, penuh semangat dan tenaga rasanya.


Ambil masa sekejap buka lap top ni sementara iffah sedang tidur lagi. Anak dara tu memang lewat bangun paginya, pukul 11 nanti baru bangun biasanya. Mana tidaknya, waktu tidurnya mesti sama dengan ibu abahnya sekitar jam 12 - 1 pagi. Oh, melalut tentang iffah pula.



Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doakan saya dan suami dibantu dan diberi kekuatan oleh Allah juga. Terima kasih.

PS: Selamat menempuh Professional Exam buat sahabat2 dentistry 2nd Year. Ma'an najah.

Baca Selanjutnya...

Saturday, December 5, 2009

Kegemaran Saya!!

Assalamualaikum wbt semua!

Hari ini iffah mahu bercerita tentang perkara-perkara yang iffah gemar lakukan di waktu lapang. ibu bagitahu, waktu lapang ni perlu diisi dengan hal-hal yang bermanafaat. Lagipun, iffah sedang membesar dan perlu belajar banyak perkara supaya suatu hari nati, iffah akan
menjadi wanita yang solehah. Ameen.

Bila iffah bangun tidur, iffah akan tengok keliling cari ibu dan abah. Kalau takde, iffah cari lah handset ibu atau abah. Bukan ape, nak telefon ibu suruh ambik iffah ni. Nak minum susu. "Minum susu, iffah jadi sihat dan kuat!! Hehehe". Call punya call, tak dapat. Iffah pun jerit kuat2, "Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!". Ibu pun berlari2 datang. Huhu.

Oh, sila jangan salah faham. Kegemaran iffah bukanlah suka menangis (sebenarnya ye, menangis nak manja. hehe. tension ibu). Tapi, sebenarnya, kegemaran iffah ialah suke tepon abah dan kawan2. Ramah tau iffah ni. Sila tengok gambar2 iffah di bawah.




video

Selain tu, iffah juga suka dengar lagu. Biasanya ibu bagi dengar lagu nasyid album kanak2 macam "sayang Allah, sayang Islam". Tapi kadang2, ibu bagi dengar lagu "Awimbawe". Mak cu iffah masa kcik2 dulu pun suka jugak dengar lagu tu. Nenek pun suke jugak. Hehehe. Ha, meh tengok betapa seronoknye iffah dengar lagu "Awimbawe".


Ibu pesan, "Dunia2 jugak, akhirat jangan lupa!!". Jadi, iffah sentiasa luangkan masa untuk bersolat. Moga2 Allah ampunkan ibu dan abah selalu, iffah takpe, ibu kate budak kecik takde dosa lagi. Iffah saaaynag ibu abah. Nenek, toki, tok ma, tok ba dll jugak, moga Allah ampunkan dosa2 mereka. Ameen.





Okey, jumpa lagi semua lain kali. Tata titi tutu. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 2, 2009

Merdeka !!!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ni tepat jam 11 pagi akhirnya, saya dan abang selamat menjawab paper last untuk final exam block 2 ni…lega rasanya..

Merdeka!!

Huhu, macam budak2 sekolah plak. Doakan segala usaha dan doa dimakbulkan Allah. Moga kami lulus dengan tenangnyer. Ameen..Thanks semua!

Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...